OPERASI BERSEPADU PENGHAPUSAN KACAU GANGGU DARI AKTIVITI PENGUMPULAN BARANGAN KITAR SEMULA DAN SAMPAH SARAP DALAM KAWASAN RUMAH KEDIAMAN

Ipoh, 29 Julai 2025 - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah melaksanakan satu Operasi Bersepadu Penghapusan Kacau Ganggu di sebuah premis kediaman susulan aduan berterusan berkaitan aktiviti pengumpulan barangan kitar semula dan longgokan sampah sarap yang menyebabkan kacauganggu kepada komuniti setempat.

Operasi ini merupakan tindakan susulan terhadap penghuni premis, seorang warga emas berusia 69 tahun yang gagal mematuhi Notis Menghentikan Kacauganggu di bawah Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976 buat kali kedua selepas melakukan kesalahan yang sama sehingga diambil tindakan mahkamah oleh pihak Majlis pada tahun 2022.

Operasi yang diketuai oleh YBhg. Clr. En. Lim Chee Aun, Ahli Majlis Zon Pasir Pinji disertai oleh 1 anggota Unit Undang-Undang Bandaraya, 2 anggota Jabatan Kesihatan Persekitaran, 3 anggota Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan dengan kehadiran bersama 4 orang anggota Balai Polis Pasir Pinji.

Operasi yang dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan kekuatan 24 anggota MBI telah dilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang insiden. Penghuni premis yang pada mulanya berkelakuan agresif telah dikawal dengan baik oleh anggota PDRM yang turut memberikan kerjasama penuh kepada pasukan operasi. Sebanyak tiga (3) buah lori berkapasiti enam tan telah digunakan bagi melupuskan barangan kitar semula dan longgokan sampah sarap ke tapak pelupusan.

Warga bandaraya Ipoh adalah dilarang sama sekali menjalankan aktiviti seumpama ini di premis masing-masing sehingga boleh menyebabkan kacauganggu kepada penduduk berdekatan selain berpotensi menjadi punca penyebaran penyakit serta mencemarkan imej bandaraya.

524698639 1136153921870460 6670395577958117488 N
524745012 1136153908537128 6295122463417105345 N
524926255 1136154021870450 4634052809242912264 N
524943365 1136153855203800 5416546412162688113 N
524955229 1136154061870446 3347607780264706068 N
525008845 1136153865203799 7361608565967155824 N
525251736 1136153958537123 8586089415798421114 N
525298406 1136153991870453 671503866610741067 N
525567437 1136153895203796 2301970212173985493 N
525865818 1136153928537126 344983874072747541 N
525894161 1136153998537119 2294019174247572899 N
525926362 1136154011870451 6688239872364613249 N
526363165 1136153978537121 5223979851439785448 N
  • Hits: 411
mbir

Check out RadioTV BI Portal  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:26/06/2026| Visitors Count :
  • All 6811508