TAHNIAH....KELUARGA SUKAN MBI TERIMA ANUGERAH KELUARGA SUKAN ASN 2025
Ipoh, 30 Julai 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berbangga dengan kejayaan warganya apabila Anugerah Keluarga Sukan sempena Anugerah Sukan Negeri Perak (ASN) 2023/2024 telah disandang oleh Encik Mohamad Ayob bin Kamarudin sekeluarga, yang merupakan antara keluarga sukan cemerlang negeri ini.
Anugerah berprestij ini merupakan pengiktirafan kepada sumbangan dan penglibatan seluruh ahli keluarga dalam arena sukan, khususnya tenpin boling.
Sebagai penerima Anugerah Keluarga Sukan ASN 2025, keluarga ini telah menerima piala pusingan, piala iringan, sijil dan wang tunai RM2,000.00.
Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bersempena majlis ASN 2023/2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Casuarina, Meru Raya malam ini. Turut berangkat, DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
Hadir sama, YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri, Datin Seri Aezer Zubin; YB Khairudin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri; serta YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh.
ASN Perak 2023/2024 menyaksikan 13 kategori anugerah dipertandingkan, antaranya Olahragawan, Olahragawati, Olahragawan Harapan, Pasukan Terbaik, Jurulatih Terbaik, Jasamu Dikenang dan termasuklah Anugerah Keluarga Sukan yang memberi penghargaan kepada institusi kekeluargaan yang aktif dalam membudayakan sukan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada keluarga Encik Mohamad Ayob. Semoga menjadi inspirasi kepada warga kerja MBI dan masyarakat Ipoh keseluruhannya.

- Hits: 380