PROGRAM PERAK BERSIH DAN SIHAT (PERAK BEST 2.0) 2025 “MEMERANGI HOTSPOT SAMPAH HARAM”
Ipoh, 22 Ogos 2025 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program Perak Bersih dan Sihat (Perak Best 2.0) 2025 bertemakan “Memerangi Hotspot Sampah Haram” yang berlangsung di Jalan Chepor 11/5, Kawasan Perusahaan Seramik, Chepor, Ipoh.
Turut hadir, Clr. Tuan Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI; Clr. Encik Faidz bin Ismail, Ahli Majlis Zon 3 dan Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya.
Program ini merupakan inisiatif Local Agenda 21 (LA21) yang menekankan kerjasama erat antara pihak berkuasa tempatan, masyarakat dan sektor swasta dalam merancang serta menguruskan persekitaran ke arah pembangunan mampan dan peningkatan kualiti hidup.
Fokus utama adalah membanteras pembuangan sampah haram dan memperkukuh amalan kebersihan awam, seiring aspirasi menjadikan Ipoh sebagai bandaraya bersih, sejahtera dan bestari.
Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk pembersihan lokasi sampah haram, pemasangan papan tanda kesedaran “Perangi Sampah Haram”, kerja pembersihan awam seperti penyapuan jalan dan kutipan sampah pukal, edaran risalah larangan membuang sampah, serta pemeriksaan jentik-jentik (Aedes Survey) dan aktiviti fogging.
Berdasarkan rekod MBI sehingga Jun 2025, 140 lokasi hotspot sampah haram dikenal pasti. Sepanjang Januari hingga Julai 2025, sebanyak 1,151 tawaran kompaun bernilai RM306,050.00 telah dikeluarkan. Di Kawasan Perusahaan Seramik Chepor sahaja, 4 kompaun bernilai RM2,000.00 dikenakan.
Sejak 2021 hingga Julai 2025, MBI telah mengagihkan 144,680 unit tong sampah percuma kepada penduduk di seluruh zon Ahli Majlis. Selain itu, sebanyak 80 papan tanda utama dan 431 papan tanda kecil larangan pembuangan sampah haram turut dipasang.
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kekal komited merealisasikan matlamat Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera serta menyokong agenda Perak Sejahtera 2030. Sehubungan itu, masyarakat dan pihak swasta diseru untuk terus berganding bahu dalam memerangi isu sampah haram demi kesejahteraan bersama.

- Hits: 274