TAKLIMAT ENAKMEN HOTEL PERAK 2023 PERKUKUH TADBIR URUS SEKTOR PERHOTELAN DI IPOH
Ipoh, 28 April 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini menganjurkan Taklimat Enakmen Hotel Perak 2023 bertempat di Bilik Gerakan, Tingkat 2, Bangunan MBI.
Taklimat yang berlangsung pada jam 9.30 pagi itu disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haji Mazlan bin Abd. Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI mewakili Datuk Bandar Ipoh.
Program ini diadakan bagi memberi pemahaman yang lebih jelas dan menyeluruh berhubung pelaksanaan Enakmen Hotel Perak 2023, khususnya kepada pihak yang terlibat dalam aspek pelesenan, penguatkuasaan, pemantauan dan pentadbiran berkaitan sektor perhotelan.
Menurut Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Enakmen Hotel Perak 2023 merupakan satu langkah penting dalam memperkukuhkan tadbir urus sektor perhotelan di Negeri Perak. Ia bertujuan menyeragamkan peraturan berkaitan pengurusan dan pengoperasian hotel, meningkatkan tahap pematuhan, memperkukuhkan kawal selia serta memastikan industri perhotelan berkembang secara lebih teratur, berdaya saing dan selamat.
Beliau turut menegaskan bahawa pelaksanaan sesuatu peraturan atau enakmen tidak akan mencapai matlamatnya tanpa kefahaman, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak.
Sehubungan itu, sesi taklimat ini menjadi platform penting bagi memastikan setiap pihak memahami peranan, tanggungjawab serta prosedur pelaksanaan yang telah ditetapkan.
“Segala maklumat dan panduan yang diperoleh melalui sesi taklimat ini diharap dapat dijadikan asas dalam memperkukuhkan pelaksanaan tugas masing-masing, seterusnya membantu memastikan pelaksanaan Enakmen Hotel Perak 2023 berjalan dengan lancar, berkesan dan mencapai objektif yang dihasratkan,” katanya.
Taklimat ini turut memberi ruang kepada para peserta untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta mengemukakan persoalan berkaitan pelaksanaan enakmen berkenaan.
Majlis Bandaraya Ipoh merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penganjuran taklimat ini, termasuk urus setia, penceramah serta peserta yang hadir.
MBI berharap usaha ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan menyumbang kepada peningkatan kualiti tadbir urus sektor perhotelan di Bandar Raya Ipoh dan Negeri Perak amnya.

- Hits: 116