KUNJUNG HORMAT PENGARAH PENILAIAN NEGERI PERAK KE ATAS YBHG. TUAN ZAMAKSHARI BIN HANIPAH, DATUK BANDAR IPOH
Ipoh, 28 April 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh menerima kunjung hormat daripada Sr. Ari Bin Adam, Pengarah Penilaian Negeri Perak ke atas YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh bertempat di Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh pada hari ini.
Kunjung hormat ini diadakan sebagai platform bagi mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara Majlis Bandaraya Ipoh dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Perak, khususnya dalam perkara berkaitan penilaian hartanah, pengurusan data harta serta pemerkasaan sistem percukaian dan pembangunan bandar.
Pertemuan ini turut membuka ruang perbincangan mengenai usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada warga Ipoh melalui perkongsian kepakaran, penyelarasan maklumat serta kerjasama berterusan antara kedua-dua pihak.
Majlis Bandaraya Ipoh amat menghargai kunjungan hormat ini dan berharap hubungan baik yang terjalin dapat terus diperkasakan demi menyokong pembangunan bandar raya yang mampan, tersusun dan berdaya saing.

- Hits: 120