MAJLIS PENGHARGAAN KEPADA PENGURUSAN TEMPAT LETAK KERETA TAHUN 2025
Ipoh, 30 April 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini meraikan warga kerja yang terlibat secara langsung dalam pengurusan tempat letak kereta melalui Majlis Penghargaan Kepada Pengurusan Tempat Letak Kereta Tahun 2025 yang berlangsung di Niffayi, Ipoh.
Majlis tersebut disempurnakan oleh YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, sebagai tanda penghargaan kepada semua pihak yang telah memainkan peranan penting dalam memastikan perkhidmatan tempat letak kereta di Bandaraya Ipoh dapat dilaksanakan dengan lancar, cekap dan berkesan.
Menurut beliau, perkhidmatan tempat letak kereta di sekitar Bandaraya Ipoh telah diurus dan diselia sepenuhnya oleh pihak Majlis selama lebih 30 tahun. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai perubahan dan penambahbaikan telah dilaksanakan selaras dengan perkembangan teknologi, keperluan semasa serta kehendak masyarakat bandar.
Transformasi pengurusan tempat letak kereta di Ipoh telah melalui evolusi yang panjang, bermula daripada penggunaan meter parkir, seterusnya sistem kupon parkir, dan kini memasuki era pendigitalan melalui penggunaan aplikasi pintar Park@Perak.
Pelaksanaan transformasi ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan operasi, malah turut memudahkan urusan pengguna, memperkukuh sistem pemantauan serta menambah baik kutipan hasil Majlis secara lebih sistematik dan telus.
Bagi tahun 2025, MBI telah mencatatkan prestasi kutipan hasil yang amat memberangsangkan dengan kutipan tempat letak kereta sebanyak RM21.3 juta, manakala kutipan kompaun pula berjumlah RM9 juta. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kutipan hasil pengurusan tempat letak kereta bagi tahun 2025 sebanyak RM30.3 juta.
Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan keseluruhan sebanyak RM4.7 juta berbanding tahun sebelumnya.
Pencapaian ini merupakan hasil keberkesanan sistem pengurusan yang dilaksanakan, ketegasan dalam aspek penguatkuasaan, pemantauan berterusan serta komitmen tinggi warga kerja yang terlibat dalam operasi harian.
Lebih membanggakan, MBI turut berjaya mencapai sasaran kutipan yang ditetapkan bagi tahun 2030 lebih awal daripada jangkaan, iaitu sebanyak RM30.3 juta.
YBhg. Datuk Bandar Ipoh berkata, kejayaan ini membuktikan bahawa sasaran besar mampu dicapai apabila seluruh warga kerja bergerak sebagai satu pasukan dengan disiplin, integriti dan kesungguhan yang tinggi.
Beliau turut menegaskan bahawa kejayaan tersebut tidak seharusnya menjadikan warga kerja cepat berpuas hati, sebaliknya perlu menjadi pembakar semangat untuk terus memperkukuh sistem sedia ada, memperluaskan penggunaan teknologi pintar, meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan serta memastikan pengurusan tempat letak kereta di Bandaraya Ipoh terus relevan, cekap dan mesra pengguna.
Dalam masa yang sama, MBI merakamkan penghargaan kepada semua Ketua Jabatan, pegawai serta warga kerja Majlis yang telah menunjukkan dedikasi, komitmen dan profesionalisme tinggi dalam melaksanakan amanah yang diberikan.
Sumbangan semua pihak amat besar dalam memastikan pencapaian membanggakan ini dapat direalisasikan.
MBI berharap budaya kerja positif, semangat berpasukan dan komitmen terhadap kecemerlangan akan terus dikekalkan demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada warga kota.
Majlis Bandaraya Ipoh turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam pengurusan tempat letak kereta bagi tahun 2025, serta berharap segala usaha dan khidmat
bakti yang dicurahkan akan terus membawa kejayaan yang lebih gemilang kepada MBI dan warga Bandaraya Ipoh secara keseluruhannya.

- Hits: 136