FORUM PERDANA KEMERDEKAAN KE-68
Ipoh, 23 Ogos 2025– YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh merangkap Pengerusi Masjid Muhibbuddin Shah telah menghadiri Forum Perdana Kemerdekaan Ke-68 yang berlangsung malam ini di Masjid Muhibbuddin Shah, Jalan Hospital, Ipoh.
Forum tersebut menampilkan AF Ustaz Mohd Hasif bin Hamzah, Imam Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri Perak) merangkap Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Agama Islam Perak sebagai moderator.
Manakala barisan panel pula terdiri daripada AF Ustaz Suhaimi bin Latif, Guru Ma'ahad Al-Ummah, Chemor dan AF Ustaz Muhammad Izzat Syafiq bin Mohammed Tarmizi, Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Negeri Perak.
Turut hadir, Clr. Encik Muhammad Hamzah Hamdan dan Clr. Encik Mohd Zakaria Mohamad, Ahli Majlis, bersama pegawai serta anggota Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Program ini dianjurkan bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan diharapkan dapat menyemarakkan semangat patriotisme serta penghayatan makna kemerdekaan dalam kalangan masyarakat.

- Hits: 275