DATUK BANDAR IPOH LANCAR PELAN TINDAKAN IPOH DOUGHNUT ECONOMIC CITY

Kuala Lumpur, 12 Ogos 2025 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Rasmi Pelan Tindakan Ipoh Doughnut Economic City atau Ipoh Doughnut Economics: City Portrait in Action yang berlangsung di KLCC Convention Centre, petang ini.

Turut hadir, YDH Toh Indera Jaya Dato' Ishak bin Haji Mohamed, Orang Besar Enam Belas Negeri Perak Darul Ridzuan; Clr. Encik Muhammad Hamzah bin Dato’ Haji Md Hamdan, Ahli Majlis MBI; ketua-ketua jabatan; serta pegawai-pegawai Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Dalam ucapannya, Datuk Bandar merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada semua rakan strategik utama, termasuk Sunway Centre for Planetary Health yang diwakili oleh Tan Sri Jemilah Mahmood (Pengarah Eksekutif); Institut Darul Ridzuan yang diwakili oleh Dr Maisarah Ahmad (Ketua Pegawai Eksekutif); serta Yayasan Hasanah yang diwakili oleh Madam Siti Kamariah Ahmad Subki (Pengarah Urusan & Pemegang Amanah).

Pelancaran ini menandakan pencapaian penting dalam usaha membentuk Ipoh sebagai bandar contoh yang maju, sejahtera dan berdaya tahan berlandaskan konsep Doughnut Economics yang menekankan keseimbangan antara kesejahteraan sosial, pemeliharaan alam sekitar dan kemakmuran ekonomi.

Menurut Datuk Bandar, Pelan Tindakan ini bukan sekadar dokumen rasmi, malah merupakan peta hala tuju konkrit untuk transformasi bandar secara lestari, memastikan pertumbuhan mampan tanpa mengorbankan kesejahteraan masyarakat dan planet.

Beliau turut merakamkan penghargaan khusus kepada Sunway Centre for Planetary Health selaku rakan pengetahuan, Institut Darul Ridzuan sebagai badan pemikir negeri, serta Yayasan Hasanah atas sokongan padu sepanjang pelaksanaan inisiatif ini. Kerjasama daripada rakan strategik lain turut dihargai dalam menjayakan visi bersama ini.

Inisiatif Ipoh Doughnut Economic City telah diiktiraf sebagai Projek Perintis No. 15 di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030, menegaskan komitmen Kerajaan Negeri Perak untuk menjadikan Ipoh sebuah bandar inklusif, berdaya saing dan menjadi rujukan di Malaysia serta rantau ASEAN.

Selain itu, Datuk Bandar turut mengalu-alukan kedatangan para tetamu dari ASEAN ke Malaysia, sambil menjemput mereka untuk melawat Bandaraya Ipoh dan Negeri Perak bagi bersama-sama membentuk masa depan yang lestari, adil dan penuh peluang.

Sejurus selepas majlis pelancaran, Datuk Bandar Ipoh bersama para tetamu telah mengunjungi Reruai Ipoh Doughnut Economic City di ruang pameran KLCC.

529707728 1147279550757897 9088102869875787925 N
530388995 1147279477424571 2593839000781217347 N
530669767 1147279507424568 618192899999090199 N
530684066 1147279630757889 412245044401760446 N
530689225 1147279757424543 5683780218180033532 N
530799262 1147279520757900 2800016916454940677 N
530848485 1147279387424580 2503371386843861706 N
530937067 1147279534091232 7591981764604638525 N
531368823 1147279454091240 2752163324844155913 N
531846720 1147279444091241 8412267034598718731 N
532025707 1147279620757890 8470097606569247316 N
532063587 1147279374091248 2327866491836332323 N
532178465 1147279487424570 6508720902050952832 N
  • Hits: 388
mbir

Check out RadioTV BI Portal  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:23/06/2026| Visitors Count :
  • All 6806211