19 Ogos 2023-Maybank komited untuk menyumbang secara aktif dalam pembangunan sosio-ekonomi masyarakat dan alam sekitar melalui pelbagai program (CSR). Komitmen ini mencerminkan kesedaran Maybank sebagai entiti perniagaan yang memberi perhatian kepada pembangunan mampan. Maybank telah melaksanakan tanggungjawab sosial berdasarkan empat prinsip panduan (CSR), iaitu Komuniti, Alam Sekitar, Tempat Kerja dan Pasaran.
Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini adalah berkaitan dengan salah satu teras dalam Pelan Strategik Majlis Bandaraya Ipoh 2021-2030 iaitu Teras Strategik 1-Program Tanggungjawab Sosial Korporat adalah di adalah Pembentukan Masyarakat Bestari Sejahtera dan Strategi 4 Penerokaan Pembiayaan Swasta Berteraskan Infra, Sosial, Ekonomi dan Alam Sekitar.
Pada tahun ini, Maybank Global CR Day 2023 diadakan pada 19 Ogos 2023. Taman Rekreasi Ulu Chepor telah dicadangkan oleh pihak Maybank Foundation yang mana ianya mendapat kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh dan Pejabat Daerah dan Tanah Kinta.
Ia telah dihadiri oleh Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, Tuan Haji Sidek bin Ismail, Pengarah Wilayah Perak, Malayan Banking Berhad, Clr. Faidz bin Ismail, Ahli Majlis MBI, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.
Untuk makluman, Majlis Bandaraya Ipoh telah melaksanakan program CSR bersama Maybank Foundation sebanyak 2 kali pada tahun 2016 dan 2019 iaitu Maybank Global CR Day 2016 melibatkan penanaman pokok di persisiran Sungai Kinta pada 20 Ogos 2016 dan Program CSR Maybank Foundation bersama Majlis Bandaraya Ipoh dan Jabatan Pengairan dan Saliran Kinta dan Maybank Global CR Day 2019 melibatkan kerja-kerja mencantik dan melukis mural di Lorong Belakang Jalan Bijih Timah dan Lorong Hale pada 24 Ogos 2019 dan Program CSR Maybank Foundation Bersama Majlis Bandaraya Ipoh dan Tourism Perak.
Antara objektif program ini adalah untuk mempromosikan Taman Rekreasi Ulu Chepor, memberi nilai tambah kepada produk eko-pelancongan, menanamkan sikap khidmat masyarakat dan keperihatinan awam kepada persekitaran alam sekitar, menyahut cabaran serta mempergiatkan agenda ”Perak Bumi Lestari”, pengurusan dan pemuliharaan alam semulajadi dilaksanakan dalam konteks pembangunan yang lestari melibatkan pembangunan ekonomi, sosial dan perlindungan alam semulajadi dan pemuliharaan alam sekitar merupakan usaha yang perlu dibuat bersama agensi kerajaan, pihak berkuasa.