Aktiviti & Berita

Y.BHG. DATO’ RUMAIZI BIN BAHARIN@MD DAUD, DATUK BANDAR IPOH TELAH MEWAKILI MAJLIS BANDARAYA IPOH MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) BERSAMA BEBERAPA SYARIKAT

  • Utama
  • Pusat Media
  • Aktiviti & Berita
  • Y.BHG. DATO’ RUMAIZI BIN BAHARIN@MD DAUD, DATUK BANDAR IPOH TELAH MEWAKILI MAJLIS BANDARAYA IPOH MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) BERSAMA BEBERAPA SYARIKAT
17 Oktober 2023-Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah mewakili Majlis Bandaraya Ipoh menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Bersama Syarikat Ultivictory Sdn Bhd untuk Cadangan Pembangunan Bagi Membaikpulih Projek Sakit di Kawasan Perindustrian Pengkalan, Ipoh dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) bagi Kajian Sejarah dan Morfologi Bandar serta petempatan awal masyarakat Melayu di Ipoh serta menjadi saksi MOU diantara Syarikat Mancuso Energy Sdn Bhd dan Syarikat Selekta Spectra Sdn Bhd bagi Kajian Kemungkinan (Feasibility Study) untuk pemasangan Sistem Thermowaste di tapak pelupusan sanitari milik MBI di Dewan Azlan Shah, Tingkat 10, Bangunan MBI pagi tadi.

Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato’ Mazlan bin Abdul Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Y.Bhg. Dato’ Ahmad Hariri bin Kamarudin, Ahli Majlis MBI merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pelancongan MBI, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiuasaha Bandaraya dan Ketua Jabatan MBI.

Memorandum Persefahaman (MOU) Bersama Syarikat Ultivictory Sdn Bhd untuk Cadangan Pembangunan Bagi Membaikpulih Projek Sakit di Kawasan Perindustrian Pengkalan, Ipoh telah ditandatangani oleh Y. Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh mewakili Majlis Bandaraya Ipoh yang disaksikan oleh Y.Bhg. Dato’ Mazlan bin Abdul Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI manakala pihak Syarikat Ultivictory Sdn Bhd telah ditandatangani oleh Tuan Haji Alias bin Zamberi, Pengarah Urusan Syarikat Ultivictory Sdn Bhd yang disaksikan oleh Encik Azmi bin Ghazal, Pengurus Projek Syarikat Ultivictory Sdn Bhd.

Tapak di kawasan Perindustrian Pengkalan, Ipoh seluas lebih kurang 120 ekar (48.6 hektar) telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri kepada pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sebagai tapak perusahaan. Seluas lebih kurang 114.34 ekar (46.273 hektar) telah dimajukan oleh pihak pemaju dengan pelbagai jenis pembangunan perusahaan.Terdapat baki tiga (3) lot lagi yang merupakan bahagian terakhir yang masih belum dibangunkan iaitu seluas lebih kurang 5.66 ekar (2.29 hektar). Tapak tersebut berpotensi untuk pembangunan perusahaan bercampur Industri Kecil Serderhana (IKS) dengan usahasama pihak swasta. Dengan adanya Memorandum Persefahaman (MOU) ini, adalah diharapkan kawasan Perindustrian Pengkalan, Ipoh yang terbiar, dapat diusahakan dan dimajukan dengan usahasama pihak swasta (syarikat Ultivictory Sdn Bhd) untuk pembangunan Ipoh. Secara tidak langsung dengan usahasama ini dapat menaiktaraf kehidupan kepada warga Ipoh dengan anggaran pertumbuhan pembangunan dan kewujudaan ruang pekerjaan baharu impak daripada pembangunan di kawasan Perindustrian Pengkalan, Ipoh tersebut.

Memorandum Persefahaman (MOU) Bersama Universiti Kuala Lumpur (UniKL) bagi Kajian Sejarah dan Morfologi Bandar serta petempatan awal masyarakat Melayu di Ipoh telah ditandatangani oleh Y. Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh mewakili Majlis Bandaraya Ipoh yang disaksikan oleh Y.Bhg. Dato’ Mazlan bin Abdul Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI manakala pihak Uni KL telah ditandatangani oleh Profesor Madya Ir. Dr. Azman bin Senin, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UniKL Chancellery yang disaksikan oleh Encik Hisshamudin bin Omar, Ketua Pegawai Eksekutif UniKL RCMP.

UniKL dan MBI berhasrat untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang-bidang yang dipersetujui seperti berikut:
a. Mengetahui sejarah perkembangan Bandaraya Ipoh secara sistematik sejak dari awal penempatan masyarakat Melayu hingga kini;
b. Menganalisis peranan atau sumbangan masyarakat Melayu di kawasan tadbir Bandaraya Ipoh sejak dari awal penempatan terutamanya dari aspek ekonomi dan politik;
c. Mengenalpasti tinggalan-tinggalan warisan masyarakat Melayu yang perlu dipelihara dan dipulihara sebagai aset pelancongan dan tatapan generasi masa hadapan;
d. Menjadi rujukan dan panduan pihak-pihak berkepentingan dalam merancang pembangunan fizikal serta ekonomi di kawasan tadbir MBI;
e. Mengadakan apa-apa bidang kerjasama lain sebagaimana yang dipersetujui oleh Pihak-Pihak yang berkenaan dari semasa ke semasa.

MOU ini tidak akan melibatkan apa-apa obligasi kewangan oleh satu Pihak kepada Pihak yang satu lagi. MOU ini berkuat kuasa mulai tarikh ianya ditandatangani dan hendaklah terus berkuat kuasa untuk tempoh dua (2) tahun.

Memorandum Persefahaman (MOU) diantara Syarikat Mancuso Energy Sdn Bhd dan Syarikat Selekta Spectra Sdn Bhd bagi Kajian Kemungkinan (Feasibility Study) untuk pemasangan Sistem Thermowaste di tapak pelupusan sanitari milik MBI telah ditandatangani oleh Encik Sidqi Ahmad Said bin Ahmad, Pengarah Syarikat Mancuso Energy Sdn Bhd mewakili Syarikat Mancuso Energy Sdn Bhd manakala Puan Eliza Lee Chin Thien, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Selekta Spectra Sdn Bhd mewakili Syarikat Selekta Spectra Sdn Bhd yang disaksikan oleh Y. Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh.
 
Majlis Bandaraya Ipoh menyokong kerjasama Syarikat Konsesi bagi pengoperasian Tapak Pelupusan Sanitari Lahat, syarikat Selekta Spektra Sdn Bhd dengan Syarikat Pemaju Thermowaste, Mancuso Energy Sdn Bhd bagi menandatangi Memorandum of understanding (MOU) diantara Syarikat Mancuso Energy Sdn Bhd dan Syarikat Selekta Spektra Sdn Bhd bagi kajian kemungkinan (Feasibility Study) untuk pemasangan sistem thermowaste di Tapak Pelupusan Sanitari Milik Majlis Bandaraya Ipoh.

Teknologi Thermowaste ini merupakan teknologi terkini yang digunakan bagi menukar sisa pepejal kepada bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti plastik, besi, kayu, biomas dan lain-lain. Penggunaan sistem ini dapat mengurangkan sisa pepejal yang dilupuskan di tapak pelupusan seterusnya dapat mengurangkan penggunaan tanah / tapak untuk dijadikan sebagai tapak pelupusan sanitari sisa pepejal. Teknologi ini juga menyokong pelaksanaan ekonomi circular selaras dengan visi Ipoh ke arah "Doughnut Economy City" 2027.

Semoga Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) ini akan membantu MBI mencapai hasrat menjadikan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera tahun 2030.

392951911 702885898530600 8322058286118588099 N
393128721 702885538530636 1902859581071248309 N
393198996 702885585197298 3468685532253326326 N
393257441 702885771863946 4730446480814008355 N
393261641 702884778530712 8534857207129109768 N
393305528 702885155197341 5400327996679964744 N
393374013 702884741864049 2071140596260773088 N
393410146 702884958530694 6492238899947695407 N
393446990 702884718530718 9076393467379734751 N
393453195 702885295197327 8740938364370804053 N
393460906 702885501863973 5016644541453520951 N
393463137 702885875197269 3048922755692567761 N
393598517 702885271863996 3954111252554684347 N
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 27/05/2025.
  • Jumlah Pelawat 5704064