Aktiviti & Berita

PROGRAM KERJASAMA STRATEGIK PENGINDAHAN MBI & PERODUA KIAM FATT MOTOR SDN BHD

12 Jun 2024-PROGRAM KERJASAMA STRATEGIK PENGINDAHAN MBI & PERODUA KIAM FATT MOTOR SDN BHD hari ini adalah salah satu program di bawah MBI Prihatin.

Program kerjasama startegik seperti ini adalah salah satu usaha untuk menjadikan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera 2030.

Usaha murni PERODUA KIAM FATT MOTOR SDN BHD mengambil inisiatif serta bajet sendiri dalam program ini perlu dipuji serta menjadi contoh kepada syarikat-syarikat lain.

Untuk makluman semua, lokasi ini pada asalnya adalah salah satu lokasi “hotspot” sampah haram yang sering di bersihkan oleh MBI secara rutin kerana menjadi lokasi sasaran pembuangan pelbagai jenis sampah tidak terkawal. Dengan inisiatif dan usaha murni pihak syarikat ini ,menjadikan lokasi ini berubah wajah daripada tempat pembuangan sampah yang kotor kepada tempat yang indah , cantik dan bermanafaat untuk di gunakan oleh pelbagai pihak kelak.
Inisiatif murni ini diharapkan menjadi pemangkin usahasama MBI dengan syarikat dalam merealisasikan hasrat menjadikan Ipoh bandaraya bersih dan sejahtera.

Pada hujung tahun 2020, terdapat sebanyak 1,672 lokasi `hot-spot’ sampah haram di keseluruhan kawasan pentadbiran Majlis. Mulai tahun 2021 lokasi sampah haram ini telah berjaya ditutup secara berperingkat dan kini hanya tinggal 120 sahaja “hotspot” lokasi sampah haram di seluruh kawasan pentadbiran Majlis.

Pencapaian tersebut adalah satu perkara yang signifikan dalam merealisasikan matlamat MBI untuk menjadikan Ipoh bandar raya yang bersih dan bestari.

MBI telah menjalankan pelbagai program dan usaha bagi menangani isu pembuangan sampah haram.

Untuk makluman, MBI mula memperkenalkan perkhidmatan kutipan sampah kebun dan pukal secara percuma mulai tahun 2021.

Sebanyak 17 lori terbuka dikhaskan untuk menjayakan perkhidmatan ini. Perkhidmatan ini berjalan dengan lancar dan tersusun mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Selain itu, MBI turut mengadakan program pengedaran tong sampah secara percuma kepada penduduk di bandar raya Ipoh.

Sehingga Mei 2024 , sebanyak 114,011 unit tong sampah diedarkan setiap hujung minggu mengikut giliran Zon Ahli Majlis sejak program ini mula diperkenalkan pada tahun 2021.

Sebanyak 1,756 papan tanda ‘Larang Membuang Sampah’ juga dipasang di lokasi-lokasi ‘hot spot’ pembuangan sampah haram sejak 2021 sehingga 31 Mei 2024.

Pihak MBI telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk merealisasikan matlamat menjadikan bandaraya Ipoh bersih, selamat dan bestari . Oleh itu, masyarakat dan pihak swasta hendaklah memainkan peranan yang lebih aktif dalam menjayakan misi ini.

448020601 843666574452531 7144250664697695461 N 1
448020707 843666871119168 1640939570057596922 N 1
448159539 843666824452506 1771225646825692860 N 1
448207746 843666784452510 8444206418590884986 N 1
448251456 843666704452518 2658657633780243930 N 1
448267878 843666797785842 8311123013224507727 N 1
448268343 843666654452523 7296677917580002909 N 1
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 27/05/2025.
  • Jumlah Pelawat 5708276