Utama

MAJLIS PENERANGAN AWAM (TOWNHALL) MEMBINCANGKAN CADANGAN PEMBINAAN SEBUAH KOLUMBARIUM SWASTA EMPAT TINGKAT YANG DICADANGKAN BERHAMPIRAN JALAN BENDAHARA

Ipoh, 31 Januari 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menganjurkan Majlis Penerangan Awam (Townhall) bagi membincangkan cadangan pembinaan sebuah kolumbarium swasta empat tingkat yang dicadangkan berhampiran Jalan Bendahara.

Projek yang dikemukakan oleh OPL Synergy Sdn. Bhd. ini melibatkan pembangunan di atas tanah milik persendirian seluas kira-kira 4.58 ekar, meliputi Lot 15402 hingga Lot 15408 serta Lot 15395.

Majlis tersebut telah diadakan di Auditorium SJK (C) Sam Chai dari jam 2.30 petang hingga 5.00 petang dan dihadiri oleh kira-kira 170 orang penduduk sekitar.

Turut hadir pada sesi penerangan ini ialah Ahli Parlimen Ipoh Timur, YB Howard Lee Chuan How; Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Pinji, YB Goh See Hua; Ahli Majlis, Clr Jayden Lim; TPr. Haji Zainal bin Abd. Hamid serta pegawai-pegawai kanan MBI.

Penganjuran majlis penerangan ini adalah susulan bantahan yang dikemukakan oleh penduduk Taman Bendahara dan Prima Paloh terhadap cadangan pembangunan kolumbarium berkenaan.

MBI memaklumkan bahawa berdasarkan Rancangan Tempatan Ipoh 2035, cadangan projek tersebut adalah selaras dengan zon perancangan dan kelas kegunaan tanah yang telah ditetapkan.

Dari sudut proses kelulusan, projek ini telah melalui peringkat Kebenaran Merancang, Pelan Kerja Tanah, Pelan Jalan serta Pelan Bangunan. Permohonan juga telah dirujuk kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dan menerima ulasan tiada halangan, memandangkan tapak cadangan pembangunan terletak bersebelahan dengan kawasan Perkuburan Islam Jalan Bendahara.

Walau bagaimanapun, penduduk setempat telah menyuarakan beberapa kebimbangan, antaranya jarak kolumbarium yang didakwa terlalu hampir dengan kawasan kediaman, kemungkinan penurunan nilai hartanah, kelulusan yang diberikan tanpa rundingan awal bersama komuniti setempat, selain isu berkaitan adat dan budaya seperti feng shui, serta gangguan emosi dan ketidakselesaan untuk tinggal berhampiran kolumbarium.

Majoriti penduduk yang hadir menyatakan ketidaksetujuan terhadap cadangan tersebut dan bercadang untuk mengadakan perbincangan lanjut bersama pihak pemaju dan MBI. Mereka juga memaklumkan hasrat untuk mengemukakan bantahan rasmi melalui saluran yang sah.

622686339 1285292990289885 8126494437539567282 N
623426146 1285292993623218 2933022219274303241 N
623791858 1285293016956549 3607765298471192306 N
624163001 1285293026956548 1820597068882592188 N
624764336 1285293050289879 5013971354482926149 N
  • Hits: 172
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 06/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6579266