Pengumuman

PERMOHONAN PENGANJURAN BAZAR RAMADAN 2024M 1445H MAJLIS BANDARAYA IPOH

Seperti tahun-tahun yang lalu, Majlis Bandaraya Ipoh akan menganjurkan Bazar Ramadan 2024M / 1445H yang dijangka akan bermula pada pertengahan bulan Mac 2024 nanti. Sebanyak 19 lokasi akan dibuka dengan anggaran sebanyak 1310 petak niaga.

Persatuan Penjaja / Koperasi Peniaga, Jawatankuasa Penduduk atau mana-mana pihak yang berminat boleh mengemukakan permohonan / mendapatkan borang permohonan di Jabatan Pelesenan MBI di Tingkat 5 MBI. Permohonan boleh dibuat mulai 26 Disember 2023 hingga 10 Januari 2024. Senarai lokasi boleh dirujuk melalui iklan tawaran penganjuran Bazar Ramadan 2024 yang akan dikeluarkan mulai 26 Disember 2023 nanti.

 Sekiranya sesuatu lokasi tersebut terdapat lebih daripada satu permohonan, MBI akan memilih permohonan yang berjaya berdasarkan kriteria penilaian dan pemilihan penganjur Bazar Ramadan yang diluluskan pada Mesyuarat Tujuan Am 2022 yang lalu.

MBI juga menggalakkan penganjur Bazar Ramadan 2024 membuka lokasi lain selain lokasi yang dinyatakan dengan syarat permohonan dibuat dan mendapat kelulusan Majlis.

Adalah diharap penganjuran Bazar Ramadan 2024 nanti akan berjalan lancar di samping membuka ruang rezeki kepada golongan peniaga / penjaja kecil di kawasan Majlis Bandaraya Ipoh.


>> SEMAK SYARAT-SYARAT PENGANJURAN BAZAR RAMADAN MBI 2024 <<

>> SEMAK SENARAI LOKASI BAZAR RAMADAN DI BAWAH PENTADBIRAN MAJLIS BANDARAYA IPOH DAN BILANGAN PETAK YANG DICADANGKAN <<


mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 16/05/2024 | Jumlah Pelawat : 4998478