Mengenai Kami

Pelan Tindakan dan Kajian

IPOH DOUGHNUT ECONOMICS : A CITY PORTRAIT IN ACTION 2025 - 2030

PELAN TINDAKAN IPOH BANDAR DONAT 

Pelan Tindakan Ipoh Bandar Ekonomi Donat yang bertajuk "Ipoh Doughnut Economics: A City Portrait in Action 2025-2030" telah dilancarkan oleh Y.Bhg Datuk Bandar Ipoh Tuan Zamakhshari Hanipah bersama Prof. Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood, Executive Director Sunway Centre for Planetary Health dan Prof Dr. Maisarah Ahmad, CEO Institut Darul Ridzuan pada 12 Ogos 2025 semasa ASEAN Sustainability Urban Forum (ASUF 2025) di Kuala Lumpur Convention Centre. Ianya telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tujuan-Tujuan Am MBI bil. 410/06/25 pada 17 Julai 2025 dan disahkan dalam Mesyuarat Majlis Penuh MBI bil. 411/07/25 pada 30 Julai 2025. Ianya telah disediakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh melalui kerjasama dengan Sunway Centre for Planetary Health, Sunway University dan Institut Darul Ridzuan, dan dengan geran daripada Yayasan Hasanah.

Pelbagai perkara telah diambilkira dan rujukan kepada perancangan di peringkat Majlis, Negeri Perak dan negara telah dibuat termasuk Rancangan Tempatan Ipoh 2035, Rancangan Struktur Negeri Perak 2040 dan Dasar Perbandaran Negara. Proses penyediaannya meliputi beberapa siri brainstorming, penerangan kepada pemegang taruh, sesi townhall dan pameran semasa program bulanan Ipoh Low Carbon Day. Ahli-ahli majlis, pelbagai jabatan MBI, agensi, NGO serta pihak-pihak berkepentingan telah terlibat dalam penyediaan tersebut yang diurusetiakan oleh Unit Bandar Ekonomi Donat MBI di bawah Pejabat Datuk Bandar sendiri. Ianya dibuat selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Perak sepertimana Flagship ke-15 Pelan Perak Sejahtera 2030. Pelan tindakan ini merupakan panduan hala tuju ke arah Ipoh sebagai Bandar Ekonomi Donat yang akan memastikan keseimbangan pembangunan asas-asas sosio-ekonomi adalah di bawah lingkungan sempadan ekologi. Ini bagi merealisasikan pembangunan bandaraya Ipoh adalah seimbang ke arah kesejahteraan wargakota Ipoh khasnya serta menyumbang ke arah kelestarian pembangunan Negeri Perak amnya.

KAJIAN WALKABLE CITY KAWASAN KHAS PEKAN IPOH SELARAS BANDAR PELANCONGAN WARISAN DAN RENDAH KARBON BAGI MAJLIS BANDARAYA IPOH

PELAN TINDAKAN IPOH KE ARAH BANDAR RENDAH KARBON 2030

IPOH BANDAR RAYA RENDAH KARBON 2030
 
MBI kini dalam fasa untuk memulakan pelaksanaan Ipoh Ke Arah Bandaraya Rendah Karbon dan Walkable City 2030 dimana kedua-dua dokumen ini adalah komponen di bawah Pelan Perancangan Strategik MBI. Pelaksanaan Bandar Rendah Karbon adalah dalam Kawasan Perancangan Pusat yang telah dikenal pasti sebagai kawasan Zon Rendah Karbon selaras dengan kehendak LCC2030C oleh MGTC yang menetapkan setiap bandar perlu mengadakan sekurang-kurangnya satu zon rendah karbon.
 
MBI berhasrat menjadikan Ipoh sebagai Bandaraya Rendah Karbon selaras dengan aspirasi Kerajaan Malaysia yang ingin melihat kesemua 154 Pihak Berkuasa tempatan (PBT) diseluruh Malaysia melaksanakan inisiatif-inisiatif ke arah Bandaraya Rendah Karbon. Matlamat utama inisiatif ini adalah untuk mengurangkan intensiti pelepasan karbon diseluruh negara selaras dengan komitmen kerajaan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 45% menjelang tahun 2030. Selaras dengan itu, penyediaan Pelan Tindakan Ipoh Bandaraya Rendah Karbon akan menentukan strategi pelaksanaan dan sasaran dalam menjadikan Bandarya Ipoh sebagai sebuah Bandaraya Rendah karbon.
 
WALKABLE CITY MBI AKAN MEREALISASIKAN PEMBANGUNAN BERKONSEPKAN “WALKABLE IPOH” DIKAWASAN PUSAT BANDAR PADA TAHUN 2030
 
MBI akan membangunkan kawasan Pusat Bandar Ipoh berdasarkan konsep “Walkable Ipoh” dengan menyediakan kemudahan-kemudahan yang lengkap untuk pejalan kaki dan berbasikal yang selesa dan selamat. Kawasan Pusat Bandar ini meliputi kawasan Pekan Lama Ipoh, Pekan Baru Ipoh dan kawasan pembangunan Greentown. Program “Walkable Ipoh” ini dijangka menjadi kenyataan pada tahun 2030. Pemilihan kawasan bagi melaksanakan “Walkable Ipoh” ini adalah berdasarkan pelbagai tarikan pelancongan, komersil, kemudahan awam dan institusi yang sedia wujud dikawasan tersebut. Jesteru itu ianya merupakan kawasan yang sesak terutamanya ketika waktu puncak dan cuti umum.
 
Penyediaan kemudahan pejalan kaki dan lorong berbasikal yang selesa dan selamat sebagai mod pergerakan dapat mengurangkan kesesakkan dikawasan tersebut dengan jangkamasa perjalanan diantara pusat tumpuan hanya dalam masa 15 minit. Konsep pembangunan “Walkable Ipoh” ini akan menyediakan kemudahan yang inklusif meliputi laluan pejalan kaki, lorong basikal, kemudahan laluan kerusi roda, mikro mobility dan kemudahan bas yang berkesinambungan selaras dengan terma Bandar Sihat Mesra Pejalan Kaki (Healthy Walkable City). Kemudahan seperti ini dijangka akan dapat menagani kesan “pulau haba bandar” dan meningkatkan kualiti alam persekitaranya hasil daripada pengurangan pelepasan karbon dan seterusnya mencapai status Ipoh sebagai bandar rendah karbon.
 
Pelan “Walkable Ipoh” ini telah dilancarkan serentak bersama Pelan Strategik MBI 2030 dan Pelan Tindakan Bandar Rendah Karbon Ipoh 2030 yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 06/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6313189