22 Disember 2025 - Majlis Bandaraya Ipoh telah meluluskan hak penganjuran kepada 6 Persatuan Penjaja, 3 Persatuan Penduduk, 2 AJK Masjid/Surau, 1 Koperasi Penjaja, dan 2 agensi swasta sebagai Penganjur Bazar Ramadan untuk 23 lokasi bagi tahun 2026M/1447H.
Penyampaian surat kelulusan penganjuran dan sesi Taklimat Penganjuran Bazar Ramadan MBI bagi tahun 2026M / 1447H telah diadakan di Bilik Gerakan, Majlis Bandaraya Ipoh.
Sesi ini dipengerusikan oleh Tuan Setiausaha Bandaraya Haji Ahmad Munir bin Ishak dan turut dihadiri barisan Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh.
Taklimat disampaikan wakil-wakil dari Jabatan Kesihatan Awam & Perkhidmatan Bandaraya MBI, Jabatan Pelesenan MBI, Perkeso Negeri Perak, Green Energy Asia Biofuel Resources, MySafe Food dan Bank Islam Malaysia Berhad.
Para peniaga boleh menghubungi penganjur-penganjur yang tersenarai sekiranya berminat untuk berniaga di Bazar Ramadan pilihan. Sila mohon segera kerana bilangan petak adalah terhad di setiap lokasi.