Pengumuman

BAZAR RAMADHAN RAHMAH @ PEOPLES PARK, IPOH

Bazar Ramadhan Rahmah @ Peoples Park, Ipoh adalah satu inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup dalam membantu rakyat bagi mengurangkan kos sara hidup dengan lebih berkesan, konsisten dan bersasar. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh, Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara HIdup Negeri Perak (KPDN Perak) dan Peoples Park Sdn. Bhd (Chang Jiang Coffee). Majlis Bandaraya Ipoh telah memberikan kelulusan kepada peniaga untuk menjalankan perniagaan mereka di Bazar Ramadhan Rahmah ini.

Satu kelebihan Bazar Ramadhan Rahmah @ Peoples Park Ipoh ini adalah pengunjung berpeluang menerima tambahan nilai e-wallet sebanyak RM 20.00 yang terhad kepada 600 pengunjung pertama untuk 10 hari terpilih sahaja. Seramai 6000 pengunjung dijangka akan menerima manfaat ini sepanjang bulan Ramadhan.

Waktu operasi Bazar Ramadhan Rahmah adalah dari jam 3.00 petang hingga 7.30 petang sepanjang bulan Ramadhan ini. Bazar Ramadhan ini juga memberi peluang kepada pengunjung untuk berbuka puasa bersama seisi keluarga (ala Picnic) dimana tikar disediakan secara “first come first serve”.









mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 29/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6825019