Pengumuman

CABUTAN BERTUAH CUKAI TAKSIRAN TAHUN 2023




Program Cabutan Bertuah Cukai Taksiran di Majlis Bandaraya Ipoh ini telah dilaksanakan beberapa tahun yang lalu. Sejak diperkenalkan, pembayaran setahun Bil Cukai Taksiran telah meningkat tahun demi tahun.

Peningkatan yang berlaku ini adalah tanda-tanda positif wargakota menyambut baik pembayaran Setahun Bil Cukai Taksir dan seterusnya Cabutan Bertuah yang dijalankan oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh.

Pemberian hadiah-hadiah hebat dalam program cabutan bertuah ini juga adalah sebagai  tanda penghargaan dan terima kasih pihak Majlis kepada pembayar-pembayar cukai yang melaksanakan tanggungjawab mereka kepada Bandaraya Ipoh.

Pada tahun 2023, wargakota perlu membuat bayaran Cukai Taksiran setahun dan tanpa tunggakan dimana-mana saluran pembayaran MBI serta memuat turun aplikasi DMBI dan mendaftar sebagai pengguna bagi melayakkan untuk menyertai Cabutan Bertuah Tahun 2023 yang menawarkan hadiah- hadiah yang menarik terdiri daripada wang tunai keseluruhan bernilai RM 76,000.00

Aplikasi DMBI ini boleh dimuat turun di platform Google Play dan Apps Store. Kesemua saluran pembayaran yang boleh dibuat adalah seperti di Kaunter Pembayaran Majlis Bandaraya Ipoh, Kaunter Pejabat Pos, Kaunter PBT Perak serta pembayaran atas talian iaitu pembayaran melalui laman sesawang MBI di alamat www.mbi.gov.my (d-mbi@ipoh), PBTPay, Jompay dan juga perbankan internet.

Ini merupakan langkah untuk menggalakkan wargakota membuat pembayaran tanpa perlu hadir ke kaunter tetapi masih boleh menyertai Cabutan Bertuah.Bagi pembayar awal Cukai Taksiran Tahun 2023 pula, pihak Majlis  telah menyediakan sebanyak 30,000 unit Beg Mini sebagai penghargaan.

Tarikh Tutup penyertaan adalah sehingga 28 Februari 2023.



mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 09/05/2025.
  • Jumlah Pelawat 5661122