Pengumuman

HANTARAN DI FACEBOOK MENGENAI INDIVIDU MENJADI ORANG TENGAH PERMOHONAN KIOSK DI KAWASAN MBI

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ingin memaklumkan bahawa terdapat hantaran di facebook mengenai individu yang menjadi orang tengah bagi permohonan kiosk di kawasan MBI. Bayaran yang dikenakan ialah RM 1,500.00 termasuk bayaran lesen.

MBI ingin menegaskan bahawa tiada sebarang kebenaran telah diberikan kepada individu terbabit untuk menguruskan tawaran penyewaan kiosk di kawasan milik MBI.

Promosi yang dilakukan ini adalah satu bentuk iklan palsu dan mengelirukan, dan pihak MBI menasihati orang awam yang berminat agar berhati-hati.

MBI tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami oleh mana-mana pihak yang menerima tawaran yang diiklankan secara tidak sah ini.

Orang awam dinasihatkan untuk menghubungi pejabat MBI di Unit Pengurusan Penjaja, Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih berkaitan permohonan mana-mana premis gerai milik MBI.

Pihak MBI juga ingin memberi amaran keras bahawa Majlis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu atau pihak yang didapati memburukkan, memperlekeh atau mencemarkan nama baik MBI melalui penggunaan nama, premis atau kapasiti rasmi Majlis tanpa kebenaran.

Kerjasama dan kewaspadaan semua pihak amat dihargai.

Sebarang pertanyaan rasmi, sila hubungi:

Jabatan Kesihatan Awam & Perkhidmatan Perbandaran,
Majlis Bandaraya Ipoh,
Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown,
30450 Ipoh, Perak.
05-2083333
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 26/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6812236