Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Tahun 2025, semua bangunan kerajaan serta premis perniagaan di sekitar Bandaraya Ipoh adalah dipohon untuk menyalakan lampu hiasan di bangunan masing-masing pada 14 hingga 15 November 2025 (Jumaat – Sabtu), bermula dari jam 7.00 malam sehingga 12.00 tengah malam.
Pelaksanaan inisiatif ini bertujuan menyemarakkan semangat kecintaan, kesetiaan dan aspirasi rakyat Negeri Perak terhadap Institusi Kesultanan Perak, di samping menceriakan lagi suasana sambutan rasmi Negeri.