Pengumuman

IPOH BANDARAYA PERTAMA ASIA KITAR SEMULA 100% SISA PEPEJAL GUNA KONSEP THERMOWASTE

Sistem Thermowaste adalah konsep baharu yang mana matlamatnya adalah untuk memberi kegunaan tambahan kepada semua sisa dengan mengitar semula dan mengasingkan sisa pepejal isi rumah dengan lebih cekap, cepat dan mudah selari dengan konsep ekonomi donut yang menekankan konsep ekonomi kitaran.

Setelah selesai pembinaan loji ini, Ipoh akan menjadi bandaraya pertama di Asia yang mengitar semula 100% sisa menggunakan teknologi ini.

Ini adalah teknologi mesra alam yang mana ianya tiada pencemaran.

Asas cara teknologi ini berfungsi, adalah melalui proses pensterilan dan proses pembersihan yang mana haba, wap dan tekanan dikenakan ke atas sisa pepejal tanpa perlu melakukan pengasingan sebelumnya.

Selepas 30 minit sisa-sisa pepejal diproses, hasil pengeluarannya sudah sedia untuk disisih dalam 4 pecahan berbeza: Biomass, Plastik, Logam dan Inert.

Semua komoditi asas ini kemudiannya akan dijual di pasaran sekaligus menjadikan bahan buangan tadi dapat digunakan semula dalam bentuk yang berbeza, contohnya sisa pepejal yang ditukar bentuk kepada biomass akan dijual sebagai bahan bakar menggantikan arang batu untuk kegunaan industri.

Untuk makluman, tapak pelupusan sanitari sisa pepejal bukanlah suatu konsep yang ideal kerana ianya memerlukan kawasan tanah yang luas bagi tujuan pelupusan sisa pepejal di dalam tanah tersebut dan menjadikan penggunaan tanah tidak produktif.

Oleh itu Thermowaste Mancuso Energy Sdn Bhd, MBI dan Selekta Spektra telah berganding bahu melalui MOU yang telah ditandatangani pada 17 Oktober 2023 bagi menjayakan projek ini demi alam sekitar lebih bersih dan masa depan yang lebih baik sejajar dengan salah satu teras Strategik dalam Pelan Strategik MBI untuk kelestarian alam sekitar.

393373997 702993568519833 5192273770409866634 N
393280812 702993608519829 8117244458271575773 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 29/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6823105