Dengan hormatnya dijemput YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk menghadiri Program Publisiti Draf Rancangan Tempatan Bandaraya Ipoh 2035 (Pengubahan) yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 1 Oktober 2025 - 31 Oktober 2025 (Hari Bekerja)
🕘 Masa: 9.00 Pagi – 4.00 Petang (Waktu Bekerja)
📍 Tempat: Lobi Majlis Bandaraya Ipoh
>>> MUAT TURUN BORANG BANTAHAN <<<
>>> SEMAK LAPORAN ADDENDUM DRAF RANCANGAN TEMPATAN BANDARAYA IPOH 2035 (PENGUBAHAN) <<<
Tujuan program ini adalah untuk memberi peluang kepada orang awam meneliti, memahami serta memberi pandangan berhubung cadangan pengubahan Draf Rancangan Tempatan Bandaraya Ipoh 2035.
Kehadiran dan pandangan YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan amatlah dialu-alukan dan dihargai bagi menjayakan usaha pembangunan mampan Bandaraya Ipoh.
