Sempena Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Ipoh Ke-38, orang ramai dijemput untuk merebut pelbagai tawaran istimewa menerusi Jualan Murah yang sedang berlangsung di pasar raya dan premis perniagaan terpilih di sekitar Bandaraya Ipoh.
📍 Lokasi terlibat:
1. The Store – Jalan Kampar & Jalan Dato’ Onn Jaafar
2. Billion Shopping Centre – Gunung Rapat & Jelapang
3. Mydin – Meru Raya
4. Econsave – Klebang, Tasek, Jelapang, Kampar, Bercham, Ampang Baru, Chemor & Botani
5. Cold Storage – Sentra Mall Klebang
6. HTM Pharmacy – Bercham, Botani, Chemor, First Garden, Ipoh Jaya, Greentown, Ipoh Garden, Pekan Ipoh, Menglembu, Pasir Puteh, Simee, Perpaduan, Tasek & Yin Woh Tong
7. Pasaraya Longwan – Pengkalan & Chemor
Program ini bertujuan membantu meringankan kos sara hidup rakyat di samping merancakkan aktiviti ekonomi tempatan melalui penawaran pelbagai barangan keperluan harian pada harga yang lebih berpatutan. Pengunjung berpeluang menikmati diskaun menarik, promosi khas serta penjimatan bagi pelbagai kategori produk termasuk barangan makanan, minuman, keperluan rumah dan produk kegunaan harian.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memastikan kesejahteraan masyarakat bandar sentiasa terpelihara serta memberi peluang kepada warga Ipoh untuk bersama-sama meraikan ulang tahun ke-38 Bandaraya Ipoh dalam suasana yang lebih meriah dan bermakna.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati penjimatan hebat bersama keluarga. Ayuh berkunjung ke pasar raya yang mengambil bahagian dan sama-sama memeriahkan Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Ipoh Ke-38!