Kejadian jalan yang retak dan berlubang di Jalan Kamaruddin Isa berdekatan kawasan kerja naiktaraf kelubung oleh Majlis Bandaraya Ipoh adalah disebabkan berlakunya hakisan tebing berhampiran struktur kelubung paip yang baru sahaja disiapkan pada awal bulan ogos lalu melalui kaedah jacking.
Melalui semakan pihak MBI, hakisan tebing tersebut berlaku disebabkan korekan yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja pembinaan struktur inlet di mulut masuk kelubung tersebut.
Kerja-kerja pengukuhan tebing telah mula dilaksanakan pada petang ini dengan kaedah pemasangan bag pasir dan rekahan serta lubang dipermukaan jalan juga telah di kambus dengan bahan batuan hancur bagi tindakan segera ditapak untuk mengelakkan berlakunya runtuhan yang lebih serius.
Pihak MBI juga menjangkakan kerja-kerja pembinaan struktur inlet akan siap dilaksanakan dalam tempoh seminggu.
Terdapat juga kerja pemasangan U drain yg perlu disambungkan dari inlet sediada ke muka kelubung.
Kerja-kerja naiktaraf kelubung ini dijangka akan dapat disiap sepenuhnya pada pertengahan September 2024 ini.
Sehubungan dengan itu, Pihak MBI memohon pengguna jalanraya mematuhi papan tanda arahan keselamatan di kawasan ini untuk keselesaan masa hadapan.