Majlis Bandaraya Ipoh akan menjalankan kerja turapan jalan di sebahagian Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh Perak dari persimpangan Jalan Cempaka sehingga persimpangan Latuan Pinji Seni 2, Ipoh, Perak.
Kerja turapan ini akan mula dilaksanakan pada 19 Jun 2024 (Rabu) sehingga 24 Julai 2024 (Rabu) yang melibatkan pengguna jalan raya di sekitar jalan Sultan Azlan Shah.
MBI memohon maaf atas sebarang kesulitan demi memberi keselesaan pada masa akan datang.
