Pengumuman

MAKLUM BALAS TINDAKAN MAJLIS BANDARAYA IPOH

Berhubung Aduan Media Sinar Harian: “Warga emas tinggal di hentian bas dibawa untuk rawatan”, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil maklum laporan Sinar Harian bertarikh 9 Ogos 2026 mengenai seorang warga emas yang dilaporkan tinggal lebih seminggu di hentian bas Jalan Raja Musa Aziz, Ipoh, serta keadaan kebersihan di kawasan berkenaan.

Susulan laporan tersebut, pihak Majlis Bandaraya Ipoh telah membuat pemantauan dan penyelarasan tindakan di lokasi.

Berdasarkan keadaan di tapak, terdapat barangan serta sisa yang ditinggalkan di sekitar hentian bas dan kaki lima yang memerlukan kerja-kerja pembersihan secara menyeluruh.

Sehubungan itu, MBI telah mengatur Operasi Pembersihan dan Pencucian Kawasan Gelandangan yang Kotor di Lokasi Tular dan Hotspot pada 11 Ogos 2026 (Selasa), bermula jam 9.00 pagi sehingga selesai, melibatkan kawasan Hentian bas di Jalan Raja Musa Aziz; dan
Jalan CM Yusuf, sepanjang kaki lima bersebelahan 7-Eleven.

Bagi melaksanakan operasi berkenaan, MBI menyediakan lori terbuka, petugas pembersihan serta kemudahan water jetter bagi tujuan pengumpulan dan pembuangan sisa, pembersihan kawasan serta pencucian permukaan yang terjejas.

MBI turut mengambil maklum bahawa warga emas berkenaan telah diberikan perhatian oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kinta dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dibawa untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Justeru, tindakan MBI memberi tumpuan kepada aspek kebersihan, keselesaan dan keselamatan ruang awam di kawasan berkenaan.

MBI merakamkan penghargaan kepada pihak JKM, PDRM, agensi berkaitan serta orang awam yang prihatin dan menyalurkan maklumat sehingga tindakan sewajarnya dapat diambil.

MBI akan terus menjalankan pemantauan di lokasi tumpuan dan hotspot bagi memastikan kebersihan serta keselesaan kemudahan awam sentiasa terpelihara.

Kerjasama masyarakat untuk melaporkan sebarang keadaan yang memerlukan tindakan pihak berkuasa amat dihargai demi kesejahteraan bersama.

769363638 1447862264032956 7400016141458689178 N
772709481 1447862284032954 4141129326873439639 N
773240359 1447862214032961 4599418770934383571 N
773240359 1447862214032961 4599418770934383571 N 1
773406823 1447862224032960 4905842890187451797 N
773572691 1447862260699623 6612165571492499402 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7016512