Dimaklumkan bahawa pihak Majlis Bandaraya Ipoh melalui portal PBTPay telah melaksanakan penghantaran sistem simpanan ringkas (SMS) kepada pemilik harta yang belum menjelaskan bil cukai taksiran penggal ke 2/2024 yang akan berakhir pada 31 Ogos 2024.
Namun begitu, sila abaikan mesej ini sekiranya pembayaran telah dijelaskan. Sila kemaskini maklumat digital bil dan sekiranya terdapat pertukaran maklumat, pemilik boleh menghubungi dan memaklumkan kepada Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta di talian 05-208 3309/3314.
Jangan lupa untuk membuat semakan dan bayaran bil Cukai Taksiran MBI melalui laman rasmi DMBI atau boleh muatturun di aplikasi Google Playstore dan Appstore. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan bil Cukai taksiran boleh hubungi Jabatan Perbendaharaan di talian 05-2254358/3481.
