NOTIS PEMBERITAHUAN
Dimaklumkan bahawa penutupan jalan akan dilaksanakan setiap hari Ahad di Jalan Horley, Jalan Dass, Jalan Foo Yet Kai dan Jalan Lim Bo Seng bermula jam 4.00 pagi hingga 1.00 petang bagi tujuan aktiviti perniagaan Ipoh Memory Lane.
Sehubungan itu, orang awam adalah DILARANG MELETAK KENDERAAN di kawasan terlibat selepas jam 4.00 pagi. Kenderaan yang masih berada di kawasan Ipoh Memory Lane selepas waktu tersebut boleh dikenakan tindakan oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh.
Orang awam dinasihatkan agar merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif. Sila beri kerjasama kepada anggota Majlis Bandaraya Ipoh yang bertugas.
Segala kesulitan amatlah dikesali dan kerjasama semua pihak amat dihargai.
