Orang awam yang meletak kenderaan di tempat letak kereta Pasar Ayam Amanjaya dan Basement UTC Perak boleh membuat pembayaran caj tempat letak kereta dengan menggunakan Kad Debit dan Kad Kredit mulai 21 Ogos 2023.
Orang awam hanya perlu mengimbas Kad Debit atau Kad Kredit (payWave) atau memasukkan Kad Debit atau Kad Kredit (nombor pin) pada reader yang disediakan pada setiap tiang laluan keluar tempat letak kereta Pasar Ayam Amanjaya dan Basement UTC Perak.
Penambahan saluran bayaran ini dapat memberi kepelbagaian kaedah bayaran kepada orang awam yang menggunakan kemudahan tempat letak kereta di Pasar Ayam Amanjaya dan Basement UTC Perak dengan lebih mudah, pantas dan selamat.
Kemudahan ini juga dibuat dengan harapan orang awam dapat menyesuaikan diri dengan membayar caj tempat letak kereta melalui pembayaran tanpa tunai (cashless).
