Pengumuman

MBI BERSIH LEBIH 90% LOKASI PEMBUANGAN SAMPAH HARAM

90 peratus daripada 470 lokasi pembuangan sampah haram berjaya dibersihkan oleh MBI dari 1 Januari hingga 31 Disember 2023.

Pencapaian tersebut adalah satu perkara yang baik dalam merealisasikan matlamat MBI untuk menjadikan Ipoh bandar raya terbersih.

MBI telah menjalankan pelbagai program dan usaha bagi menangani isu pembuangan sampah haram itu.

Untuk makluman, MBI mula memperkenalkan perkhidmatan kutipan sampah kebun dan pukal secara percuma mulai tahun 2021.

Sebanyak 17 lori terbuka dibeli untuk menjayakan perkhidmatan ini perkhidmatan tersebut berjalan dengan lancar dan tersusun mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Selain itu, MBI turut mengadakan program pengedaran tong sampah secara percuma kepada penduduk di bandar raya Ipoh.

Sehingga Disember lalu, sebanyak 84,547 unit tong diedarkan setiap hujung minggu mengikut giliran Zon Ahli Majlis sejak program ini mula diperkenalkan pada tahun 2021.

Sebanyak 1,670 papan tanda ‘Larang Membuang Sampah’ juga dipasang di lokasi-lokasi ‘hot spot’ pembuangan sampah haram sejak 2021 sehingga 31 Disember lalu.

Operasi Unit Anti-Litter yang lebih tegas dan kerap berjaya mengawal pembuangan sampah haram dengan mengeluarkan 1,214 kompaun bernilai RM498,750 setakat Disember lalu. Daripada jumlah itu sebanyak 245 kompaun bernilai RM117, 095 telah dibayar.

Pembinaan pusat pengumpulan sampah domestik di kawasan kampung turut menyumbang kepada pengurangan lokasi ‘hot spot’ sampah haram. Setakat ini, sebanyak 13 pusat pengumpulan dibina dan kutipan sampah dijalankan setiap hari.

mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 29/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6822777