Pengumuman

MBI GALAK MENU RAHMAH DI BAZAR RAMADAN

IPOH - Penyediaan Menu Rahmah yang menawarkan makanan pada harga RM5 akan diperluas di semua tapak operasi bazar Ramadan sekitar Ipoh.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, galakkan pelaksanaan menu tersebut adalah selari dengan usaha membantu rakyat dan golongan sasar. "Sebelum ini pun kita maklumkan kepada peniaga untuk menjual makanan pada harga berpatutan. "Jadi dengan adanya program Menu Rahmah ini, kita menang menggalakkan seramai mungkin peniaga menyediakannya kerana ini baik untuk rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Kafe Lalaland di Jalan Lasam dekat sini pada Isnin.

Beliau berkata, setakat ini Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah meluluskan 19 tapak bazar Ramadan melibatkan hampir 1,000 peniaga. Katanya, meskipun permohonan telah ditutup, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu masih menerima permohonan untuk membenarkan sekurang-kurangnya tiga lagi tapak baharu bagi operasi sama."Kita akan bekerjasama dengan beberapa syarikat untuk dapatkan platform pasaran lebih besar, secara tidak langsung dapat membantu jualan lebih tinggi dan dapatlah peniaga-peniaga mengurangkan harga jualan mereka," katanya.

Sementara itu, Rumaizi berkata, MBI menyokong dan menggalakkan pertumbuhan produk gastronomi iaitu aktiviti yang melibatkan makanan tempatan dan budaya makanan unik. Jelasnya, kewujudan produk sebegitu seperti dilakukan Kafe Lalaland yang berkonsepkan kontena adalah satu tarikan orang ramai berkunjung ke bandar Ipoh. "Kalau premis biasa, hanya jual makanan sahaja, tetapi yang ini bukan sekadar makanan, merangkumi gaya hidup, suasana yang menjadikan keunikan di bandar ini berbanding tempat-tempat lain," katanya.

Kredit : https://www.sinarharian.com.my/article/244977/edisi/perak/mbi-galak-menu-rahmah-di-bazar-ramadan
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 30/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6826357