NOTIS PEMBERITAHUAN MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA JALAN PEGOH BAGI KERJA-KERJA PENGALIHAN TIANG TALIAN MILIK TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) BAGI MEMBAIKI KEROSAKAN JAMBATAN SUNGAI PINJI, IPOH, PERAK
NOTIS PEMBERITAHUAN MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA JALAN PEGOH BAGI KERJA-KERJA PENGALIHAN TIANG TALIAN MILIK TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) BAGI MEMBAIKI KEROSAKAN JAMBATAN SUNGAI PINJI, IPOH, PERAK
Adalah dimaklumkan bahawa pihak Majlis sedang melaksanakan kerja-kerja membaikpulih jambatan di Jalan Pegoh. Sehubungan dengan itu, Jalan Pegoh akan ditutup selama 2 jam pada 19 Mac 2023 bagi kerja-kerja pengalihan tiang talian milik Tenaga Malaysia Berhad (TNB).
Pihak Majlis Bandaraya Ipoh memohon kerjasama dari semua pengguna jalan raya untuk mematuhi arahan lalulintas semasa kerja–kerja penutupan jalan tersebut dilaksanakan dan pemilik kenderaan serta penghuni di jalan tersebut tidak meletakkan kenderaan di atas rizab jalan atau bahu jalan bagi memudahkan pihak majlis menjalankan kerja-kerja pembaikan pada 19 Mac 2022 bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.