Pengumuman

OPERASI BERSEPADU PENGHAPUSAN KACAUGANGGU PERSEKITARAN DARI AKTIVITI MENGUMPUL BARANGAN TERPAKAI DAN SAMPAH SARAP

  • Utama
  • Pusat Media
  • Pemberitahuan
  • OPERASI BERSEPADU PENGHAPUSAN KACAUGANGGU PERSEKITARAN DARI AKTIVITI MENGUMPUL BARANGAN TERPAKAI DAN SAMPAH SARAP
Jabatan Kesihatan Persekitaran telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pemilik premis No 63, Persiaran Cempaka Sari 22, Taman Cempaka 31400 Ipoh melalui kaedah Notis Menghapuskan Kacauganggu, Tawaran Kompaun serta Operasi Bersepadu Penghapusan Kacauganggu susulan daripada aduan yang diterima.

Dua kali Notis Menghapuskan Kacauganggu telah dikeluarkan dan ditampal di pagar rumah Orang Kena Notis [OKN] yang mengkehendaki beliau menjalankan kerja-kerja pembersihan premis bagi menghapuskan kacauganggu namun OKN masih gagal patuhi notis. Satu tawaran kompaun bernilai RM500 juga telah dikeluarkan kepada OKN.

Operasi pembersihan menghapuskan kacauganggu telah dijalankan pada 29.3.2024 jam lebih kurang 9 pagi.

Seramai 20 orang anggota daripada agensi Kerajaan dan anggota Majlis telah hadir untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan ini. Antaranya adalah seperti berikut :-

1. Unit Penasihat Undang-Undang - 1 Orang
2. Jabatan Kesihatan [Unit Kesihatan Am] - 5 Orang
3. Jabatan Kesihatan [Unit Kawalan Vektor] - 6 Orang
4. Jabatan Penguatkuasa MBI - 4 Orang
5. Anggota Polis [ Balai Polis Ampang Baru ] - 4 Orang

Barang-barang yang telah dikeluarkan dan dilupuskan daripada kediaman OKN adalah barang-barang terpakai.

Operasi pembersihan tamat lebih kurang jam 10.00 pagi tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Semua sampah sarap yang dikeluarkan dari premis dengan muatan 1 lori penuh telah dibawa ke tapak pelupusan sisa pepejal milik Majlis di Lahat untuk dilupuskan.

Gambar-gambar Operasi Penghapusan Kacauganggu sebelum, semasa dan selepas telah dilampirkan untuk makluman.

mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 29/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6822075