Pengumuman

OPERASI LORONG SENI@LORONG PANGLIMA, IPOH BAGI TAHUN 2026

Ipoh, 31 Disember 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ingin memaklumkan bahawa Operasi Lorong Seni@Lorong Panglima, Ipoh akan diteruskan sepanjang tahun 2026 sebagai salah satu inisiatif pengaktifan bandar dan pemerkasaan komuniti seni serta peniaga kecil.

Operasi ini akan diadakan pada setiap hari Sabtu, bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang, bertempat di Lorong Seni@Lorong Panglima, Ipoh, seperti pelaksanaan tahun-tahun sebelumnya.

Program ini bertujuan menyediakan platform kepada peniaga kecil, penggiat seni dan penghibur jalanan (buskers) untuk menjalankan aktiviti ekonomi dan seni dalam suasana yang teratur, selamat dan kondusif, di samping menghidupkan kawasan pusat bandar Ipoh sebagai destinasi pelancongan dan rekreasi komuniti.

MBI merakamkan penghargaan kepada para peniaga dan penggiat seni atas sokongan berterusan dalam menjayakan program ini.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Lorong Seni@Lorong Panglima dan menyokong ekonomi tempatan serta aktiviti seni bandar.
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 06/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6313180