Pengumuman

PEMBERSIHAN SEMPENA PERAYAAN THAIPUSAM 2026

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan sempena sambutan Perayaan Thaipusam 2026 bagi memastikan tahap kebersihan, keselesaan serta keselamatan orang awam sentiasa terpelihara sepanjang tempoh perayaan.

Kerja-kerja pembersihan ini telah bermula pada 30 Januari 2026 (Jumaat) jam 6.00 petang, dan diteruskan mulai 31 Januari hingga 3 Februari 2026, melibatkan operasi pembersihan siang dan malam.

Lokasi-lokasi yang terlibat adalah seperti berikut:

1.Jalan Raja Ashman Shah;
2.Jalan Raja Musa Aziz;
3.Bulatan Sultan Iskandar;
4.Jalan Sultan Idris Shah;
5.Jalan Sultan Yussuf;
6.Jalan Tun Sambanthan;
7.Jalan Dato’ Onn Jaafar;
8.Jalan Sungai Pari;
9.Jalan Tun Perak;
10.Medan Istana;
11.Jalan Lahat.

Skop kerja merangkumi aktiviti penyapuan jalan serta pembersihan sampah di kawasan-kawasan yang terlibat.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan agar memberikan kerjasama sepenuhnya serta mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan kelancaran operasi pembersihan yang dijalankan.

Majlis Bandaraya Ipoh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam memastikan suasana bandar raya Ipoh kekal bersih, selesa dan teratur sepanjang sambutan Perayaan Thaipusam ini.

622803576 1284731250346059 8478407067363862816 N
623847340 1284731197012731 3674648771040919998 N
624998738 1284731200346064 9054531520856357598 N
625540698 1284731203679397 3349665430019761356 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 23/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6807790