Isu penjaja di Dataran MBI telah bermula sejak 3 tahun dahulu dimana pada masa itu hanya terdapat 3 penjaja menjual makanan dan minuman.
Dataran MBI semakin menjadi tarikan orang awam sejak lampu berhias dipasang dan turut menarik kehadiran penjaja tanpa lesen terutamanya pada hari cuti.
Pihak Majlis sentiasa peka dengan masalah peniaga dan sentiasa berusaha membantu peniaga-peniaga kecil menjalankan perniagaan.
Untuk makluman, pihak MBI telah menerima lebih 30 aduan melalui system MyAduan MBI sejak awal tahun 2024 berkaitan aktiviti “Car Boot Sales” di hadapan bangunan pejabat MBI sendiri dan sehingga kini hanya amaran lisan pernah dikeluarkan.
MBI mengambil pendekatan menangguhkan tindakan penguatkuasaan demi memberi peluang kepada penjaja mencari rezeki bagaimanapun keadaan menjadi semakin tidak terkawal dan tindakan segera perlu diambil.
Oleh itu pengurusan Majlis yang telah 3 kali bermesyuarat memutuskan untuk menempatkan semula penjaja-penjaja di hadapan Dataran MBI ke MBI Terrace memandangkan kawasan tersebutlah paling sesuai dan untuk mengelakkan pelbagai masalah dan tohmahan yang dilemparkan kepada Majlis dalam menangani isu lambakan peniaga tanpa lesen di depan mata MBI sendiri.
Pihak Majlis selaku pihak berkuasa tempatan perlu bertindak adil dalam menyelesaikan masalah warga kota secara harmoni (win-win situation).
Pada sesi Libat Urus bersama peniaga yang telah diadakan pada 6 Disember 2024 lepas peniaga telah diberi penerangan mengenai cadangan Majlis untuk menempatkan 44 peniaga ke MBI Terrace.
MBI Terrace akan ditambahbaik secara berperingkat dari segi pencahayaan dan lain-lain fasiliti agar para peniaga dapat berniaga secara selamat dan menambah daya tarikan kepada pengunjung.
Para peniaga juga akan dilesenkan, sekaligus memudahkan mereka memperolehi bantuan/sokongan daripada pelbagai agensi seperti Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional), Bank – Bank Komersial dan lain-lain berkaitan terutamanya dari aspek pembiayaan kewangan.
Bermula dengan 10 orang peniaga pada bulan Ogos 2024, bilangan peniaga terus bertambah dan pada awal bulan November 2024 senarai 44 peniaga yang di rekodkan oleh Majlis. Bilangan peniaga terus betambah dan dimaklum pada minggu ketiga bulan Nobvember seramai 70 peniaga. Data terkini pada 15 Disember 2024 dari wakil peniaga adalah 80 orang peniaga.
Penambahan bilangan peniaga terus bertamah dan aduan berkaitan kesesakan lalu lintas dan aduan lain berkaitan terus bertambah. Tindakan penempatan peniaga-peniaga asal adalah langkan penyelesaian yang terbaik sehingga ini.
Dimaklumkan juga bahawa, pihak Majlis juga mengambil maklum bilangan 36 peniaga yang bertambah dan pihak majlis akan mengambil Langkah-langkah berikut :-
1. Senarai 36 peniaga jika ada, akan diterima oleh pihak Majlis sebagai senarai nama simpanan untuk mengisi kekosongan, sekiranya yang diberi tawaran itu dari kalangan 44 peniaga itu tolak atau @ tidak terima;
2. Senarai peniaga juga akan disemak untuk diberi tawaran di lokasi tapak atau gerai medan selera atau tapak niaga yang kosong jika ada;
3 MBI, Jika keadaan mengizinkan, pihak majlis akan usahakan lokasi yang sesuai untuk penempatan semula dalam kawasan pentadbiran MBI;
4. Pihak Majlis juga boleh bantu menguruskan penempatan peniaga ‘Car Boot Sales’ tambahan ini ke lokasi tapak jualan pihak swasta disekitar MBI bagi membantu mempermudahkan urusan, sebagai contoh lokasi tapak tempat letak kereta kompleks pasaraya, lokasi – lokasi strategik tumpuan awam sekiranya semua pihak setuju dalam keadaan ‘win– win situation’.