Majlis Bandaraya Ipoh akan menganjurkan Bazar Ramadan 2026M / 1447H yang dijangka akan bermula pada pertengahan bulan Februari 2026 nanti. Sebanyak 21 lokasi akan dibuka dengan anggaran sebanyak 1,531 petak niaga.
Persatuan Penjaja / Koperasi Penjaja, Agensi Swasta, Jawatankuasa Penduduk atau mana-mana pihak yang berminat boleh mengemukakan permohonan / mendapatkan borang permohonan di Unit Pengurusan Penjaja, Jabatan Kesihatan Awam & Perkhidmatan Perbandaran di Tingkat 5 MBI. Permohonan boleh dibuat mulai 27 Oktober 2025 hingga 11 November 2025. Senarai lokasi boleh dirujuk melalui iklan tawaran penganjuran Bazar Ramadan 2026 yang akan dikeluarkan mulai 27 Oktober 2025.
Sekiranya sesuatu lokasi tersebut terdapat lebih daripada satu permohonan, MBI akan memilih permohonan yang berjaya berdasarkan kriteria penilaian dan pemilihan penganjur Bazar Ramadan yang ditetapkan oleh Majlis.
MBI juga menggalakkan penganjur Bazar Ramadan yang berminat untuk membuka lokasi lain selain lokasi yang dinyatakan dengan syarat permohonan dibuat terlebih dahulu dan mendapat kelulusan Majlis.
Adalah diharap Bazar Ramadan 2026 nanti akan berjalan lancar di samping membuka ruang rezeki kepada golongan peniaga / penjaja kecil di kawasan Majlis Bandaraya Ipoh.