Pengumuman

PENJAJA PADANG POLO SETUJU PENEMPATAN SEMULA

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah memperoleh persetujuan daripada penjaja Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau dikenali Padang Polo bagi melakukan penempatan semula tapak perniagaan.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, persetujuan hampir 60 penjaja itu dibuat selepas mengambil kira pandangan MBI mewujudkan sektor baharu perniagaan berteraskan pelancongan gastronomi.

"Dulu kita hanya mahu pindahkan sahaja, sekarang kita bawa pasaran baharu dan nak jadikan satu produk gastronomi," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan pembukaan Kafe Lalaland di Jalan Lasam, dekat sini pada Isnin. Langkah penempatan semula perniagaan dibuat susulan rungutan orang ramai apabila kawasan yang sepatutnya dijadikan lokasi riadah bertukar menjadi tempat makan. Keadaan bertambah meruncing apabila ada kelompok penjaja menjadikan kawasan letak kenderaan sebagai tempat berniaga dan bukannya lot niaga khusus.

Mengulas lanjut, Rumaizi berkata, usaha penempatan itu adalah situasi menang-menang antara penjaja dan orang ramai yang menjalankan aktiviti rekreasi di taman itu. "Apabila berpindah, penjaja akan mendapat pasaran lebih besar dan pengunjung pula dapat tambahan parkir," katanya.

Kredit : https://www.sinarharian.com.my/article/245005/edisi/perak/penjaja-padang-polo-setuju-penempatan-semula
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 06/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6579227