Kaunter Pandu Lalu MBI dan kawasan jalan masuk di Bangunan Pusat Kovensyen Ipoh (ICC) akan ditutup pada 2hb Mei 2024 dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang bagi menurunkan kren yang digunakan semasa pembinaan apartment di Bangunan Pusat Konvensyen Ipoh. Tujuan penutupan ini adalah mengelakkan berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini.