Padang Ipoh dan Padang Taman Dr. Seenivasagam akan ditutup sementara pada tarikh seperti berikut:
Padang Ipoh
1 September 2025 – 26 September 2025
Padang Taman Dr. Seenivasagam
i. 1 September - 13 September 2025,
ii. 15 September 2025 – 19 September 2025,
iii. 21 September 2025 – 26 September 2025.
Penutupan ini adalah sebahagian daripada usaha penyelenggaraan berkala untuk memastikan padang sentiasa berada dalam keadaan terbaik, selamat serta sesuai digunakan oleh orang ramai.
Sehubungan itu, orang awam diminta untuk mematuhi arahan penutupan ini bagi melancarkan kerja-kerja penyelenggaraan yang dijalankan.
MBI memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pihak.