Pengumuman

PENUTUPAN SEMENTARA JALAN TUN ABDUL RAZAK DAN JALAN TUN PERAK BAGI KERJA-KERJA MEMBAIK PULIH JAMBATAN JALAN TUN ABDUL RAZAK, IPOH

  • Utama
  • Pusat Media
  • Pemberitahuan
  • PENUTUPAN SEMENTARA JALAN TUN ABDUL RAZAK DAN JALAN TUN PERAK BAGI KERJA-KERJA MEMBAIK PULIH JAMBATAN JALAN TUN ABDUL RAZAK, IPOH
Ipoh, 25 Oktober 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan melaksanakan kerja-kerja membaik pulih jambatan serta kerja-kerja berkaitan di Jambatan Jalan Tun Abdul Razak, Ipoh bermula 14 Oktober 2025 (Isnin) hingga 6 Januari 2026 (Selasa).

Pelaksanaan kerja ini merupakan sebahagian daripada usaha penyelenggaraan berterusan MBI bagi memastikan struktur jambatan kekal selamat, stabil serta mematuhi piawaian teknikal semasa.

Bagi melancarkan pelaksanaan kerja dan menjamin keselamatan pengguna, penutupan sepenuhnya akan dilaksanakan bermula 30 Oktober 2025 (Khamis), melibatkan Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Tun Perak dan Jalan Persiaran Kidd.

Sepanjang tempoh ini, pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi papan tanda amaran, panduan lencongan serta arahan pegawai bertugas. Laluan alternatif turut disediakan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan Buntong, Silibin, pusat bandar Ipoh, Jalan Lahat dan Falim.

MBI akan memastikan semua kerja dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan serta mematuhi sepenuhnya langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang risiko kepada pengguna jalan raya.

Orang awam juga diseru agar merancang perjalanan lebih awal dan mengikuti hebahan rasmi MBI dari semasa ke semasa melalui saluran media massa dan media sosial rasmi MBI.

Majlis Bandaraya Ipoh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama semua pihak, khususnya warga Ipoh, dalam memberi sokongan terhadap pelaksanaan projek ini.

Dengan pelaksanaan kerja-kerja baik pulih ini, MBI kekal komited dalam memastikan infrastruktur bandar raya berada pada tahap terbaik, sejajar dengan aspirasi “Ipoh Bandar Raya Pintar dan Rendah Karbon 2030” serta “Perak Sejahtera 2030.”

571008608 1208979334587918 4332180963911846096 N
571221032 1208979377921247 5561269043871065151 N
570543070 1208979367921248 849631677422312984 N
571198435 1208979411254577 4459926020322700843 N
571209446 1208979344587917 6122312137988176190 N
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/11/2025.
  • Jumlah Pelawat 6132604