
Selaras dengan keperluan yang digariskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan sukacitanya ingin menjemput semua yang berkelayakan untuk menyertai Pertandingan Idea Konsep Reka Bentuk Cadangan Membina Pasar Pasir Puteh.
Pada 13 Februari 2024, pasar ini musnah hampir 90% akibat kebakaran besar, menyebabkan operasi terhenti dan peniaga terjejas. Projek pembinaan semula pasar ini bertujuan memulihkan fungsinya dengan kemudahan lebih selamat, bersih dan moden, disamping menyokong ekonomi peniaga setempat.
Sejumlah RM40,000.00 wang tunai untuk dimenangi bagi pertandingan ini.
Borang Pendaftaran boleh didapati di bawah.
>>>MUAT TURUN BORANG PERTANDINGAN<<<Sertai pertandingan ini yang akan berlangsung bermula 25 Mac 2026 sehingga 4 Jun 2026.
Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 15 April 2026.
Segera hantar penyertaan anda!
>>> SEMAK MAKLUM BALAS PERTANDINGAN <<<