Pengumuman

PROGRAM PEMBUDAYAAN AMALAN PENGGUNAAN TONG SAMPAH DI KALANGAN WARGA IPOH

IPOH - Sabtu, 04 Mei 2024 - Majlis Bandaraya Ipoh mengagihkan sebanyak 256 unit tong sampah (120 liter) secara percuma di 2 lokasi iaitu Pinggir Tanjung Damai dan Dataran Kinding SSI dan pelancaran program telah disempurnakan oleh Ybhg. Clr. Datuk Mazlan Bin Abdul Rahman, (Ahli Majlis Zon 1) melalui Program Pembudayaan Amalan Penggunaan Tong Sampah di Kalangan Warga Ipoh.

Sebanyak 2 pasukan serahan tong dengan kekuatan anggota seramai 20 orang dan penggunaan 2 unit lori terbuka telah diselaraskan dari Jabatan Perkhidmatan Perbandaran.

Risalah bertajuk Penyediaan Tong Sampah Di Premis Perniagaan Dan Rumah Kediaman turut diedarkan kepada setiap penerima tong dalam usaha berterusan MBI bagi meningkatkan kesedaran awam tentang kaedah membuang sampah dengan betul.

Amalan penggunaan tong sampah perlu dijadikan budaya yang menjadikan masyarakat lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran dan kelestarian alam sekitar sepertimana matlamat yang disasarkan Majlis Bandaraya Ipoh.

mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 27/05/2025.
  • Jumlah Pelawat 5700254