Pengumuman

PROGRAM PEMBUDAYAAN AMALAN PERSEKITARAN BERSIH

 
TAMAN KLEBANG PUTRA (FASA 1) - Sabtu, 25 Februari 2023 - Majlis Bandaraya Ipoh mengagihkan sebanyak 1,485 unit tong sampah (120 liter) secara percuma di Taman Klebang Putra (Fasa 1) dan pelancaran program telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, YB Puan Sandrea Ng Shy Ching dengan diringi YBhg. Dato' Rumaizi Bin Baharin @ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh melalui Majlis Perasmian Penyerahan Tong Sampah Percuma 2023 dalam Program Pembudayaan Amalan Persekitaran Bersih.

Ia turut dihadiri oleh Ahli Majlis,YBhg. Clr. Dato' Haji Azizul Kama Bin Abd Aziz serta Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Klebang Putra (Fasa 1).

Penyerahan tong sampah (120 Liter) ini dilaksanakan di Padang Awam Klebang Putra (Jalan Putra 1 C) pada hari Sabtu dan Ahad melalui 7 kaunter serahan melibatkan 85 orang anggota yang diselaraskan dari Jabatan Perkhidmatan Perbandaran.

Risalah bertajuk "Penyediaan Tong Sampah Di Premis Perniagaan Dan Rumah Kediaman" turut diedarkan kepada setiap penerima tong dalam usaha berterusan MBI bagi meningkatkan kesedaran awam tentang kaedah / cara membuang sampah dengan betul.

332704978 171424055634708 6847127405498747203 N
333310622 1308058093073972 8258849766769722060 N
333388595 955751565790385 4209147660398153631 N
333391795 944552986715654 2582060135050722154 N
333435768 6311887642163190 2691705322524797923 N
333481987 1190909378451845 5954262389444545909 N
333511953 514309637558290 4798514703697285948 N
333539740 727807205468374 8077207090173219671 N
333560221 522942303301728 6627973632032308934 N
333575168 1397040364387796 2772249549044018272 N
333586786 602859824989128 1473358473294843006 N
333668177 880151999977032 1552096775896316854 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 29/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6825786