Majlis Bandaraya Ipoh mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pemenang yang bertuah.
Kepada 200 pemenang hadiah saguhati, pemilik perlu melengkapkan borang tuntutan serta membawa salinan kad pengenalan pemilik (seperti nama di Akaun Cukai Taksiran) dan Salinan Penyata Bank (seperti nama di Akaun Cukai Taksiran ) untuk pihak Majlis melaksanakan pindahan wang ke akaun bank pemenang. Tuan / Puan boleh hadir ke MBI seperti perincian berikut :
Tempoh : 13 Mac 2024 hingga 04 April 2024 (hari bekerja)
Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Lokasi : Kaunter Bayaran Ibu Pejabat, Majlis Bandaraya Ipoh.
Selepas tempoh yang dinyatakan, pihak Majlis tidak akan melayan sebarang tuntutan daripada pihak tuan/puan.
Manakala bagi 30 pemenang hadiah utama, pemenang akan dijemput ke Majlis Penyampaian Hadiah Utama Cabutan Bertuah yang akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Tuan / Puan boleh membuat semakan di senarai yang tertera. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Majlis Bandaraya Ipoh di talian 05 – 2083429 / 3481.
>>>SEMAK SENARAI PEEMENANG HADIAH CABUTAN BERTUAH CUKAI TAKSIRAN MBI 2024 <<<