Pengumuman

SERTAI IPOH HEART RUN


Daftar segera : https://race.my/events/ipoh-heart-run-5km-2023

Ipoh Cardiovascular Society dengan kerjasama Perak AED Save A Life Society, Kelab Roadrunner Ipoh dan Majlis Bandaraya Ipoh akan menganjurkan “Ipoh Heart Run 2023” bertema “AED Save Life 365” pada 20 Ogos 2023 waktu 7.00 pagi di Seri Botani International School Ipoh yang diketuai oleh Pengerusi Penganjuran Dr. Ng Theng Chun.

Tujuan acara ini adalah seperti berikut:
1. Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kesihatan jantung.
2 Mempromosikan pembelajaran kemahiran CPR dan cara menggunakan AED.
3 Mendapatkan dana bagi pemasangan alat AED di lokasi yang strategik dalam Negeri Perak.

Acara larian 5 km ini mempunyai 7 kategori seperti berikut:
1. Lelaki terbuka (Umur 18 tahun hingga 39 tahun)
2. Wanita Terbuka (Umur 18 tahun hingga 45 tahun)
3. Lelaki Veteran (Umur 40 tahun hingga 49 tahun)
4. Wanita Veteran (Umur 46 tahun dan ke atas)
5. Lelaki Veteran Senior (Umur 50 dan ke atas)
6. Lelaki Remaja (Umur 12 tahun hingga 17 tahun)
7. Wanita Remaja (Umur 12 tahun hingga 17 tahun)

Yuran pendaftaran adalah RM60 dan tarikh tutup pada 15 Julai 2023. Setiap penyertaan akan terima baju kemeja-T acara. Peserta akan menerima “Finisher Medal” sekiranya selesai larian 5km dalam masa yang ditetapkan.

Beberapa program sampingan akan dijalankan serentak seperti Pameran Kesedaraan CPR dan AED, Latihan Kemahiran CPR dan Penggunaan AED, Pemeriksaan Kesihatan Percuma dan Pemeriksaan Kedengaran Percuma. Semoga “Ipoh Heart Run 2023” ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kesihatan jantung, teknik CPR dan penggunaan AED untuk setiap orang.

Peserta dan komuniti setempat juga akan bermanfaat daripada pemeriksaan kesihatan secara percuma. Dana daripada acara ini akan digunakan untuk penambahan unit alat AED di lokasi strategik tempatan dalam Negeri Perak.

mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 29/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6823802