Pengumuman

SERTAI SAMBUTAN HARI ANESTESIA SEDUNIA 2023

Jabatan Anestesiologi & Rawatan Rapi, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dengan kerjasama Persatuan Bius Ipoh akan menganjurkan sambutan Hari Anestesia Sedunia 2023 pada 15 Oktober 2023 bermula 10 pagi hingga 10 petang bertempat di Aeon Mall Station 18 Ipoh.

Objektif program ini adalah seperti berikut:
1. Memberi kefahaman kepada masyarakat tentang Jabatan Anestesia dan Rawatan Rapi serta peranannya.
2. Memberi pendedahan dan kefahaman kepada masyarakat tentang hal pembiusan
3. Memberi penerangan tentang kepentingan ‘Basic Life Support’, ‘CPR’ dan rawatan kecemasan
4. Berkongsi pengalaman para petugas kesihatan di dewan bedah dan unit rawatan rapi ‘ICU’ terutamanya semasa pandemik COVID-19.
5. Menjalankan pemeriksaan serta ceramah kesihataan asas kepada masyarakat

Tema Hari Anestesia Sedunia 2023 adalah ‘Green Anaesthesia, It’s now or never’. Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan seperti pameran pendidikan, senaman Zumba, sukaneka, ceramah tentang kitarsemula, cabutan bertuah dan lain-lain. Penglibatan orang ramai adalah PERCUMA.

Layari https://www.facebook.com/hrpbanaesday untuk info lanjut.




mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 29/06/2026.
  • Jumlah Pelawat 6823175