
Bagi penganjuran Bazar Ramadan Tahun 2023 M / 1444 H, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan membuka sebanyak 19 lokasi tapak Bazar Ramadan dengan anggaran sebanyak 1296 petak seperti yang diiklankan.
Majlis Bandaraya Ipoh membuka kepada mana-mana Persatuan peniaga/ penjaja, Koperasi peniaga, Jawatankuasa penduduk/ masjid/ surau yang berminat untuk menjadi penganjur, bolehlah memohon mulai 16 hb Januari hingga 27 hb Januari 2023 dilaman web MBI atau mengambil borong permohonan di kaunter infomasi MBI.
Penganjur juga digalakkan membuka tapak Bazar Ramadan selain yang dipamerkan oleh Majlis dengan syarat memohon dan mendapatkan kelulusan MBI terlebih dahulu sebelum dibenarkan beroperasi.
Sebarang pertanyaan bolehlahlah menghubungi Unit Pengurusan Penjaja di Jabatan Kesihatan Persekitaran Majlis Bandaraya Ipoh di talian 05-2083288 dan 05-2083696/697.
>> SYARAT-SYARAT PENGANJURAN BAZAR RAMADHAN MBI 2023
>> MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN PENGANJURAN BAZAR RAMADHAN MBI 2023