
Kerajaan Negeri Perak telah menetapkan larangan pemberian dan penggunaan beg plastik jinjit sekali guna di seluruh Negeri Perak berkuat kuasa mulai
1 September 2026.
🚫 Semua premis perniagaan yang terlibat adalah dilarang daripada memberikan dan menggunakan beg plastik jinjit sekali guna kepada pelanggan.
Antara premis perniagaan yang terlibat adalah:
1. Pasar Raya Hiper (hypermarket)
2. Pasar Raya Besar (supermarket)
3. Pasar Raya Serbaneka (department store)
4. Kedai Serbaneka (convenient store)
5. Restoran Makanan Segera (fast food restaurant)
6. Kedai Serbaneka Stesen Minyak (petrol station convenient store)
7. Kedai Rangkaian (chain store)
8. Farmasi (pharmacy)
9. Mana-Mana Premis dan Gerai Berlesen Di Bawah PBT
Marilah kita mengamalkan gaya hidup yang lebih lestari dengan mengurangkan penggunaan plastik sekali guna demi kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan generasi akan datang.