Adalah dimaklumkan bahawa terdapat
30 kekosongan tapak penjaja Gerbang Malam setelah proses pemutihan dilaksanakan oleh Jabatan Pelesenan, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kini membuka peluang untuk permohonan tapak penjaja Gerbang Malam bagi memenuhi kekosongan tersebut. Bagi anda yang berminat, sila buat permohonan di Pejabat Pelesenan MBI di Lot 8, UTC Perak.
Tarikh Permohonan: 4 OGOS 2025 sehingga 11 OGOS 2025
Kesemua pemohon akan dipanggil untuk
sesi temuduga selepas tarikh tutup permohonan yang dinyatakan.
Jangan lepaskan peluang ini!
