Aktiviti & Berita

THE INSTITUTION OF ENGINEERS MALAYSIA (IEM) YOUNG ENGINEERS SECTION NATIONAL SUMMIT 2023

4 November 2023 – Y.Bhg. Clr. Dato' Mazlan Bin Abd Rahman, Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh mewakili Datuk Bandar Ipoh telah merasmikan Majlis Makan Malam The Institution of Engineers Malaysia (IEM) Cawangan Perak yang diadakan bersekali dengan majlis penutup Program The Institution of Engineers Malaysia Young Engineers Section (IEM-YES) National Summit 2023 di Perak.

Majlis Makan Malam ini turut dihadiri oleh Presiden IEM Malaysia, Ir. Prof. Dr. Norlida Buniyamin, Pengerusi IEM Cawangan Perak, Ir. Prof. Madya Nursyarizal bin Mohd Nor dan para jemputan dari cawangan-cawangan IEM seluruh Malaysia.

IEM adalah sebuah organisasi yang telah ditubuhkan pada tahun 1959 dan fungsi utamanya adalah untuk mempromosikan serta memajukan sains dan profesion kejuruteraan dalam kesemua bidang kejuruteraan seperti kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan kimia, kejuruteraan awam, kejuruteraan petroleum dan lain-lain.

Di samping itu, IEM juga merupakan platform bagi jurutera-jurutera bertukar dan berkongsi maklumat dan idea yang berkaitan kejuruteraan. IEM juga berfungsi sebagai badan profesional yang menyediakan platform latihan kepakaran dan juga pengiktirafan kepada para jurutera di Malaysia sebagai usaha membantu mempertingkatkan kompetensi para jurutera yang menjurus ke arah pembangunan negara yang mampan.

Negeri Perak telah dipilih sebagai tuan rumah The Institution of Engineers Malaysia Young Engineers Section (IEM-YES) National Summit 2023 dari 2 - 5 November 2023.

Program IEM-YES National Summit 2023 merupakan sebuah program tahunan utama anjuran The Institution of Engineers Malaysia Young Engineers Section (IEM-YES) yang disertai oleh jurutera-jurutera muda dan pelajar-pelajar kejuruteraan dari kesemua cawangan-cawangan IEM Negeri di seluruh Malaysia untuk membincangkan isu berkaitan kerjaya kejuruteraan, pembangunan profesional, pendidikan, lawatan tapak teknikal, pertukaran maklumat teknikal dan aktiviti-aktiviti ‘networking’.

Menurut Dato' Mazlan dalam ucapan beliau, ‘’Program YES-IEM National Summit 2023 yang diadakan di Ipoh, Perak pada tahun ini adalah bersesuaian dengan Tahun Melawat Ipoh 2023 yang mana melalui program ini dapat mempromosi tempat-tempat menarik di Ipoh kepada lebih kurang 100 orang perserta daripada seluruh Negara.’’

Selain itu, Dato' Mazlan turut memaklumkan, “Bandaraya Ipoh bakal menjadi Bandaraya Pintar atau ‘Smart City’ yang keempat di negara ini selepas Kuala Lumpur, Putrajaya dan Petaling Jaya menjelang 2030 dengan konsep berbeza iaitu Manusia, Infrastruktur dan Alam Sekitar. Selaras dengan Matlamat Sustainable Development Goals, Ipoh telah melancarkan wawasan Ipoh Smart Green City menjelang 2030.”

Majlis Bandaraya Ipoh telah melaksanakan beberapa projek Smart Green City utama dalam tempoh dua tahun ini sejak pelan tindakan itu dilancarkan. Antaranya ialah Ipoh Integrated Operation Center (IIOC), Smart Traffic System, Smart Surveillance, Solar Panel Project dan Rainwater Harvesting System. Peserta-peserta YES-IEM National Summit 2023 berpeluang untuk mengikuti lawatan ke Ipoh Integrated Operation Center (IIOC) bagi melihat fungsi IIOC sebagai pusat kawalan pintar bagi Bandaraya Ipoh.

Antara program lain yang turut diadakan sempena IEM-YES National Summit 2023 di Perak kali ini, adalah lawatan teknikal ke Tapak Pelupusan Sanitari Papan milik Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang dioperasikan oleh Selekta Spektra, serta lawatan teknikal ke Universiti Teknologi PETRONAS (UTP).

Pengerusi The Institution of Engineers Malaysia Young Engineers Section (IEM-YES) Cawangan Perak, Syahrul Ramadhan memberitahu, “Program YES-IEM National Summit 2023 di Perak pada kali ini telah diadakan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang amat baik dari cawangan-cawangan IEM seluruh Malaysia. Pihak penganjur program sangat menghargai sokongan daripada pihak penaja dalam kalangan Syarikat kejuruteraan yang telah bersama-sama menjayakan program ini, seperti Syarikat ACSON, XP Power, Kee Ming Holdings, Soil Mechanic Sdn Bhd, Yong Engineering Construction, Unisem, Daikin dan Puncak Emas Infra.

397897000 714053354080521 2223714696885522187 N
398496282 714053267413863 1218730421512886411 N
398496992 714053334080523 8659470441398000396 N
398526358 714053387413851 532926064613530044 N
398563179 714053367413853 1067049763329445396 N
398566199 714053414080515 7371760575141746278 N


mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 16/05/2025.
  • Jumlah Pelawat 5678798